5 Tip Untuk Anda Hadapi Jualan Online Terbesar Pada 11.11 Ini.


Syarikat seperti Lazada, 11streets, Alibaba, Uniqlo, Nike, Senheng, , Shopee dan lain-lain akan membuat satu jualan online terbesar pada 11.11.2017 ini.

Ramai yang sedang menunggu detik hari tersebut untuk mendapat harga yang lebih murah berbanding hari biasa.

Berikut adalah lima (5) tip yang anda boleh lakukan sebagai persediaan menghadapi jualan online terbesar itu.

#1 Senarai Barang

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menyenaraikan barang-barang yang anda ingin beli.

Cara ini akan memudahkan dan tidak buang masa anda untuk melihat semua barang. Bezakan juga barang yang anda ingin beli untuk keperluan, dan juga barang yang anda ingin beli untuk kehendak.

Ini bagi memastikan anda fokus dahulu kepada barang yang menjadi keperluan anda.

#2 Semak Harga Semasa


Walaupun banyak promosi dan diskaun yang diberikan, namun, sebagai pengguna anda masih perlu menyemak harga barang tersebut.

Pastikan harga tersebut dijual lebih murah berbanding hari biasa.

Selain itu, semak juga harga dengan beberapa website lain yang menawarkan barang yang sama.


#3 Bajet Maksimum

Paling penting, anda perlu menetapkan bajet maksimum untuk digunakan semasa jualan online tersebut.

Ramai yang berbelanja tanpa menetapkan bajet sendiri hingga menyebabkan tidak perasan duit banyak keluar dari akaun bank.

#4 Pilih Website

Pada 11.11 nanti, terlalu banyak website yang membuat jualan online secara besar-besaran.

Pilih dan senaraikan beberapa website yang sesuai dengan barang yang anda ingin beli.

Daftar terlebih dahulu sebagai pengguna dengan website tersebut bagi memudahkan urusan anda pada hari tersebut.

#5 Satu (1) Jam Sahaja

Jangan ambil masa terlalu lama untuk anda beli barang yang anda ingin beli. Sebaiknya, tidak lebih dari satu (1) jam.

Semakin lama anda berada di website tersebut, semakin banyak lagi barang yang anda akan beli. Termasuklah barang yang bukan menjadi keperluan anda sendiri.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post