5 Sebab Kenapa Orang Masih Beratur Panjang Di Ikea Tebrau Walaupun Ekonomi Tidak Baik


Pembukaan hari pertama Ikea di Tebrau berjaya menarik ramai orang sehingga mereka sanggup beratur panjang.

Ada juga segelintir yang mengatakan walaupun ekonomi tidak baik tetapi masih ramai yang berbelanja.

Berikut adalah antara lima (5) sebab kenapa ramai yang masih beratur panjang walaupun ekonomi tidak baik.

#1 Cuci Mata

Pertama sekali, tidak semua yang datang dan beratur panjang adalah pergi semata-mata untuk berbelanja.

Ada juga yang datang hanya untuk mencuci mata sahaja atau window shopping.

#2 Hanya golongan berduit

Kebanyakan yang datang juga adalah golongan yang berduit dan tidak mewakili semua rakyat Malaysia yang terkesan dengan keadaan ekonomi.

Di Johor, ramai individu yang berpendapatan tinggi terutama yang bekerja di negara Singapura.

Selain itu, bagi individu yang memang sudah mempunyai bajet kewangan untuk shopping sendiri, mereka juga akan beratur dan membeli barang.


#3 Diskaun & jimat

Pembukaan hari pertama biasanya akan menawarkan banyak diskaun dan orang ramai boleh berjimat.

Kenapa perlu bayar mahal?

Bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, setiap diskaun dan penjimatan adalah penting.

#4 Pertama Kali

Sebelum ini, penduduk Johor perlu datang ke Kuala Lumpur untuk merasai suasana Ikea. Pembukaan ini juga memberi peluang ramai penduduk Johor untuk melihat suasana Ikea.

#5 Berniaga

Ada juga yang datang ke Ikea kerana mengambil upah membeli barang.

Mereka bekerja sebagai runner dan membeli barang untuk orang lain. 

Selain itu, ada juga yang mengambil kesempatan dengan diskaun yang diberikan dan jual semula pada harga biasa.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post