5 Perkara Penting Yang Isteri Perlu Uruskan Selepas Kematian Suami


Apabila suami meninggal dunia, banyak perkara yang perlu diuruskan oleh isteri atau ahli keluarga.

Antara urusan penting yang perlu dilakukan adalah menukar nama rumah, mengeluarkan wang simpanan dan mendapatkan tuntutan/pampasan.

Perkara tersebut sering diambil mudah oleh kebanyakan isteri dan waris. Kesannya, semakin lambat tindakan diambil, semakin sukar dan rumit untuk isteri dan waris menyelesaikannya.

Berikut adalah antara perkara penting yang isteri atau waris perlu lakukan selepas kematian suami.

1. Semak hutang dengan bank

Kebanyakan individu di Malaysia tidak lari dari hutang seperti kereta, rumah dan kad kredit. Ada hutang yang mempunyai pakej perlindungan kematian.

Maksudnya, jika berlaku kematian, hutang tersebut akan dilupuskan.

Contohnya, hutang rumah mempunyai insuran seperti MLTT atau MRTT.

Namun, hutang kereta dan rumah mempunyai sedikit masalah apabila pihak bank tidak mewajibkan individu tersebut mengambil insuran bagi hutang tersebut.

Jika hutang rumah dan kereta tersebut mempunyai perlindungan insuran, isteri atau waris pasti merasa lega. Tetapi, jika tidak, beban terpaksa dipikul untuk menyelesaikan hutang tersebut.

2. Semak polisi insuran atau sijil takaful

Pihak isteri atau waris perlu tahu dan kenal dengan ejen takaful yang menguruskan sijil perlindungan suami bagi memudahkan kerja.

Jika suami mempunyai pelan takaful hayat dengan jumlah yang tinggi, gunakan wang tersebut untuk selesaikan hutang-hutang yang tertunggak terlebih dahulu.

Baki tersebut boleh digunakan bagi tujuan perbelanjaan isteri dan waris.

Jika anda tidak dapat menghubungi ejen takaful tersebut, anda boleh pergi terus ke cawangan atau pejabat syarikat insuran/takaful tersebut.

Baca : Ambil pampasan secukupnya supaya anda tidak menyusahkan waris

3. Semak dengan KWSP

Jika suami mencarum akaun KWSP semasa hidup, isteri atau waris perlu pergi ke pejabat atau cawangan KWSP berhampiran.

Terdapat dua (2) keadaan yang berbeza :

1. Jika sudah mempunyai penama

Penama boleh pergi ke cawangan KWSP sendiri untuk memohon pengeluaran duit tersebut.

2. Jika tidak mempunyai penama

Individu yang boleh memohon adalah seperti berikut mengikut turutan:

1. Pentadbir Pusaka ahli
2. Balu atau duda ahli
3.Anak-anak atau penjaga mereka
5. Bapa dan / atau ibu ahli
6. Adik-beradik ahli
7. Sesiapa yang mengikut budibicara KWSP sebagai orang yang berhak menerima simpanan KWSP ahli

Jika suami meninggal sebelum umur 55 tahun, KWSP akan berikan bantuan kematian sebanyak RM2,500 kepada waris.

Image result for penyata akaun kwsp


4. Semak dengan Tabung Haji

Jika suami mempunyai simpanan dalam akaun Tabung Haji, anda boleh sediakan dokumen seperti berikut:
  1. Kad Pengenalan Pemohon; 
  2. Sijil Mati Pendeposit; 
  3. Surat Kuasa (jika pendeposit tiada Penama/Pemegang Amanah); 
  4. Kad Pengenalan Penjaga (jika Penama/Pemegang Amanah bawah 18 tahun); 
  5. Surat Beranak (jika Penama/Pemegang Amanah bawah 12 tahun); 
  6. Sijil Mati bagi Penama/Pemegang Amanah yang telah meninggal dunia
Jika simpanan melebihi RM1,000 dan tiada penama, isteri atau waris hendaklah menyediakan salah satu surat kuasa seperti berikut:
  • Hukum Syarak – Surat Pembahagian Harta Pusaka mengikut Hukum Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah; atau 
  • Bicara Kecil – Surat Pembahagian Harta Pusaka yang diuruskan oleh Pejabat Tanah/Daerah; 
  • Pentadbir Pusaka – Memohon supaya Harta Pusaka ditadbirkan oleh Amanah Raya atau Pegawai Pentadbir Pusaka; atau 
  • Surat Kuasa daripada Mahkamah Tinggi.
5. Semak hutang dengan orang lain

Selepas menyelesaikan solat jenazah, biasanya akan ada pengumuman mengenai tuntutan hutang dari orang lain jika ada.

Sebaiknya, simpan dahulu wang simpanan atau pampasan dari takaful sedikit sebagai persediaan jika terdapat tuntutan hutang dari orang lain.

Lime (5) perkara diatas hanyalah beberapa perkara penting sahaja. Terdapat banyak lagi perkara yang isteri atau waris perlu lakukan seperti urusan di JPN, PERKESO, ASB, jika ada pelaburan Unit Trust dan lain-lain lagi.

Sebaiknya, semasa hidup, suami dan isteri perlu berbincang mengenai setiap akaun simpanan atau hutang yang mereka miliki.

Isteri juga perlu cepat-cepat untuk keluarkan duit dari akaun simpanan suami sebelum akaun tersebut dibekukan.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)