4 Punca Utama 410,500 Peminjam PTPTN Masih Gagal Bayar Semula Pinjaman.

Image result for 500,000 ptptn not pay yet nst

Baru-baru ini keluar satu statistik yang menunjukkan seramai 410,500 orang peminjam PTPTN gagal membayar semula pinjaman tersebut.

Sebahagian besar dari jumlah tersebut sudah tamat belajar lebih dari empat (4) tahun.

Berikut adalah antara beberapa sebab dan punca utama ramai individu gagal untuk membayar semula pinjaman PTPTN.

#1 Tiada Pekerjaan

Salah satu masalah yang sedang dihadapi lepasan universiti adalah tidak mempunyai pekerjaan. Bagi mereka, tiada pekerjaan, tiada bayaran semula pinjaman pendidikan.

Dengan keadaan ekonomi sekarang, pengambilan pekerja yang semakin ketat menyebabkan ramai yang menganggur dan masih mencari kerja.

#2 Komitmen & Kos Sara Hidup Tinggi

'Makan pun terpaksa berjimat, ini pula bayar hutang PTPTN'

Ada sesetengah golongan yang baru bekerja masih lagi dalam keadaan kewangan yang tidak stabil sehingga terpaksa berjimat cermat untuk perbelanjaan asas terutama di Lembah Klang.

Selain itu, hutang lain seperti kereta dan kad kredit juga menjadi punca mereka enggan membayar semula pinjaman PTPTN walaupun bayaran ansuran lebih murah.

#3 Gaji Rendah

Kenaikan gaji tidak boleh mengatasi kenaikan kos sara hidup.

Inilah yang sedang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Namun, masalah gaji rendah bukanlah satu masalah yang tiada penyelesaian.

Melalui internet, banyak peluang untuk setiap orang menambah pendapatan dengan mudah.

Baca : 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Pendapatan Sampingan Walaupun Sudah Bekerja

#4 Tiada Tanggungjawab

Akhir sekali, ada juga golongan peminjam PTPTN yang sendiri tidak mahu membayar pinjaman tersebut walaupun mempunyai kemampuan kewangan yang baik.

Faktor ini berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri. 

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post