Penat Nak Rekod Perbelanjaan Setiap Hari? 3 Kaedah Lain Anda Boleh Guna Yang Lebih Efektif

Image result for financial planning
Rekod perbelanjaan harian memang salah satu cara untuk menilai status kewangan peribadi. Namun, tidak semua orang 'mampu'  untuk merekod setiap perbelanjaan setiap hari.

Walaupun merekod perbelanjaan setiap hari akan membantu kita menilai semula kewangan, cara tersebut akan menyebabkan anda 'kehilangan' banyak masa untuk merekod semula.

Berikut adalah tiga (3) kaedah lain yang anda boleh gunakan selain dari merekod perbelanjaan harian tetapi akan membantu mengurus kewangan anda dengan baik.

#1 Tunai Mingguan

Kaedah pertama anda boleh cuba dengan menggunakan tunai secara mingguan.

Tetapkan perbelanjaan mingguan anda, kemudian keluarkan satu jumlah untuk digunakan pada minggun tersebut.

Contohnya, jika anda perlukan RM200 seminggu untuk makan, minum, petrol dan lain-lain, anda keluarkan wang tersebut pada hari Ahad dan gunakan sehingga hari Sabtu berikutnya.

Melalui cara ini, anda tidak perlu merekod perbelanjaan kerana semua perbelanjaan masih lagi di dalam bajet mingguan anda.

#2 Kad Debit

Selain tunai, anda juga boleh guna kad debit khas untuk perbelanjaan bulanan anda.

Jika perbelanjaan bulanan anda adalah RM1,500, anda hanya perlu tinggalkan duit dalam akaun kad debit tersebut dengan jumlah yang telah ditetapkan.

Kad debit khas untuk perbelanjaan ini tidak dicampurkan dengan akaun simpanan untuk kegunaan lain.

Jika terdapat lebihan pada hujung bulan, anda boleh bawa wang tersebut pada bulan berikutnya dan boleh berbelanja lebih.

#3 Kad Kredit

Kad kredit jika digunakan dengan betul, akan berikan anda banyak manfaat.

Anda juga boleh gunakan kad kredit untuk membantu mengurus kewangan anda dengan baik.

Langkah pertama, tetapkan limit kad kredit tersebut dengan kadar yang minimum.

Anda boleh berbelanja dengan menggunakan kad kredit dan menggunakan penyata kad kredit sebagai rekod perbelanjaan anda.

Pastikan setiap kali transaksi kad kredit, anda bayar semula pada hujung bulan.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post