Selalu Pergi Travel Tetapi Tak Ambil 'Travel Insurance'? Ini Perkara Yang Anda Boleh Tuntut

Image result for travel insurance important
Setiap kali beli tiket kapal terbang, anda biasanya mempunyai pilihan sama ada mahu mengambil insuran perjalanan atau tidak.

Namun, tidak ramai yang mahu mengambil insuran perjalanan kerana tidak mahu membuat bayaran tambahan. Perkara seperti ini menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang sangat berisiko tinggi.

Apa itu Insuran Perjalanan @ Travel Insurance?

Insuran perjalanan adalah satu pelan perlindungan bagi satu tempoh perjalanan anda bagi melindungi perkara-perkara seperti kemalangan dan kecurian semasa dalam tempoh perjalanan.

Antara perkara dan keadaan yang dilindungi adalah seperti:

  • Kemalangan diri dan orang dilindungi
  • Kos perubatan 
  • Kehilangan barang berharga akibat kecurian
  • Kehilangan pasport
  • Kelewatan perjalanan
  • Penghantaran pulang jenazah

Senarai penuh perkara yang dilindungi adalah berdasarkan plan atau pakej yang anda ambil. 

Bagaimana cara untuk memilih insuran perjalanan?
  1. Minta quotation dan buat perbandingan untuk memilih pelan perlindungan yang terbaik dengan bajet anda sendiri
  2. Pastikan pelan tersebut melindungi setiap barang yang anda bawa semasa perjalanan
  3. Fahami cara-cara untuk dapatkan bantuan semasa berada di negara luar.
  4. Pastikan syarikat insuran tersebut mempunyai bantuan 24 jam untuk kes kecemasan

Kesan tidak ambil insuran perjalanan
  • Kad perubatan peribadi anda tidak boleh digunakan terus dinegara luar. Anda masih perlu menyediakan tunai yang banyak jika berlaku kemalangan dan kecemasan.
  • Ramai individu yang pergi melancong dengan membawa barang berharga seperti telefon bimbit, barang kemas dan lain-lain. Risiko kecurian di negara luar adalah tinggi.
  • Sekiranya berlaku kematian, anda perlu menyediakan kos bawa pulang jenazah 
Kos untuk mengambil insuran perjalanan ini adalah sangat murah. Jadi, jangan berkira untuk mengambil insuran perjalanan ini semata-mata mahu berjimat tetapi merisikokan diri anda.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)