5 Perkara Penting Yang Anda Patut Belajar Dari Askar Untuk Capai Financial Freedom

Image result for discipline in the army

Salah satu pekerjaan yang sangat mencabar dan meningkatkan skil setiap individu adalah askar. 

Semua orang tahu keadaan tersebut membuat setiap individu yang menjadi askar akan menjadi lebih disiplin, bertanggungjawab dan kuat.

Banyak perkara yang orang lain boleh belajar dari golongan askar ini. Bagi individu yang ingin mencapai financial freedom, anda boleh belajar sesuatu dari mereka ini seperti berikut:

Anda adalah apa yang anda buat

Apa yang anda buat hari ini akan menentukan apa yang anda akan jadi pada masa akan datang. Cara anda makan akan menentukan tahap kesihatan anda, manakala cara anda berusaha akan menentukan kejayaan anda.

Sebagai seorang askar, hampir setiap hari mereka akan diberikan latihan fizikal yang sangat keras untuk menjadikan mereka individu yang kuat.

Untuk mencapai kejayaan dalam financial freedom, banyak pengorbanan yang anda perlu lakukan. Bukan setakat berjimat cermat, malah perlu menambah banyak ilmu pengetahuan dalam pelaburan dan kewangan.

Anda tidak boleh lakukan semua seorang diri

Teamwork sangat penting dalam kem askar bagi memastikan mereka sentiasa dapat apa yang mereka mahu.
Jika mahu mencapai kejayaan dengan cepat, anda buat seorang diri
Jika mahu mencapai kejayaan lebih besar, anda buat bersama-sama
Untuk mencapai financial freedom, anda perlu lakukan banyak perkara terutama dalam bab mengurus kewangan dan pelaburan. Cara paling mudah, anda beli rumah tanpa bantuan ejen dan peguam. Cara ini akan membuang banyak masa anda walaupun dapat menjimatkan.

Sebaiknya, anda beli rumah dengan mendapatkan bantuan dari ejen dan peguam bagi memudahkan proses jual beli tersebut. 

Dalam pelaburan unit trust pula, anda boleh beli dana pelaburan tersebut terus tanpa melalui ejen untuk menjimatkan. Lebih mudah jika anda mendapatkan bantuan dan nasihat dari konsultan yang berdaftar.

Biar mereka lakukan kerja-kerja research dan review tersebut.

Bijak buat keputusan

Sebagai seorang askar, mereka perlu bijak buat keputusan terutama ketika melakukan operasi yang melibatkan pertempuran. Kesilapan dari individu akan menyebabkan satu pasukan mendapat masalah. Sebab itu, setiap individu perlu lebih bijak membuat keputusan.

Dalam pengurusan kewangan dan pelaburan, setiap individu juga perlu bijak membuat keputusan. Terlalu banyak produk dan servis yang ditawarkan menyebabkan anda perlu lebih bijak memilih. Jika tidak, kesilapan tersebut akan menyebabkan anda mengalami kerugian.

Antara asas dalam pengurusan kewangan yang anda perlu bijak memilih adalah seperti jenis pelaburan yang sesuai dengan anda, perlindungan yang mencukupi dan pelan persaraan yang menguntungkan.

Selain itu, anda juga perlu bertanggungjawab dengan setiap keputusan yang anda buat. Anda tidak boleh menyalahkan orang lain atau ejen yang membantu anda.


Belajar dari pengalaman orang lain

Dalam kem askar, satu kesilapan kecil boleh menyebabkan satu masalah yang besar. Salah satu cara mereka mengatasi masalah ini adalah dengan belajar dari pengalaman orang lain supaya tidak menyebabkan kesilapan berulang lagi.
Anda boleh belajar dari kesilapan sendiri
Anda juga boleh belajar dari kesilapan orang lain
Jika belajar dari kesilapan sendiri, anda terpaksa menanggung kos kerugian. Tetapi, jika anda belajar dari kesilapan orang lain, anda tidak perlu menanggung kos kerugian.

Salah satu cara mudah untuk anda mencapai financial freedom adalah dengan belajar dari individu yang sudah mencapai tahap tersebut. Anda tidak perlu menghadapi terlalu banyak masalah dan rintangan.

Cuma, dalam pengurusan kewangan dan pelaburan, risiko dan masalah adalah berbeza setiap tahun. Ada beberapa perkara yang sangat berguna pada 10 tahun lepas tetapi tidak sesuai lagi untuk digunakan pada hari ini.

Disiplin

Setiap pagi, perkara pertama yang mereka lakukan adalah dengan mengemas katil mereka supaya kelihatan bersih dan kemas. Aktiviti harian ini membantu mereka menjadi individu yang lebih berdisiplin.

Dalam pengurusan kewangan, disiplin adalah segala-galanya. Anda hanya boleh mencapai financial freedom jika anda mempunyai disiplin yang tinggi. Antara perkara dalam kewangan memerlukan disiplin yang tinggi adalah:
  • Simpanan setiap bulan
  • Perbelanjaan mengikut keperluan dan kehendak
  • Pelaburan untuk jangka masa panjang tanpa henti
  • Sentiasa menambah ilmu baru setiap hari melalui buku, seminar dan lain-lain
Jika anda mempunyai disiplin yang tinggi, anda tidak akan mempunyai masalah dalam kewangan seperti masalah hutangyang berlebihan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post