'Suami meninggal, rumah jadi milik siapa?' Isteri perlu tahu bab harta

Image result for house ownership
Isteri rasa bangga apabila suami beli rumah banyak-banyak untuk pelaburan tetapi lupa kesan jika suami meninggal.

Banyak kes dimana ahli keluarga mula menuntut rumah tersebut dan berlaku perbalahan antara ahli keluarga.

Berikut adalah secara ringkas mengenai hak milik harta tersebut.

#1 Faraid

Perkara pertama sekali yang boleh dilakukan adalah pembahagian harta dengan menggunakan sistem faraid.

Setuju

Jika ahli keluarga yang terlibat dengan faraid tersebut setuju untuk memberikan rumah tersebut kepada isteri, rumah tersebut akan menjadi milik isteri sepenuhnya.

Dengan syarat, tiada bantahan dan tuntuan dari ahli keluarga lain.

Tidak setuju

Jika terdapat tuntutan, rumah tersebut perlu dibahagikan mengikut faraid. Pembahagian boleh dilakukan dengan cara berikut.

Jual - Rumah tersebut perlu di jual dan duit yang diterima di bahagi mengikut kiraan faraid yang sebenar.

Beri tunai - Jika isteri mempunyai duit sendiri, tidak perlu jual rumah tersebut.

Baca : Cara kira faraid untuk pembahagian harta

#2 Tukar hak milik awal

Jika rumah tersebut sudah habis bayar dan tiada pinjaman dengan pihak bank, anda boleh tukar nama geran tersebut kepada nama isteri.

Dengan cara ini, rumah tersebut akan menjadi hak milik isteri sepenuhnya walaupun suami belum meninggal.
#3 Ambil pampasan takaful

Suami boleh ambil pampasan takaful dengan nilai yang sama dengan nilai rumah tersebut. Isteri boleh gunakan wang tersebut untuk bayar kepada ahli keluarga yang menuntut hak mereka.

Namun, kekurangan cara ini adalah apabila nilai rumah semakin meningkat tetapi jumlah pampasan masih lagi sama.

Contohnya, anda beli rumah yang berharga RM200,000 dan juga mengambil pampasan dengan nilai RM200,000. Selepas 10 tahun, nilai rumah tersebut menjadi RM400,000 tetapi nilai pampasan anda masih lagi RM200,000. Masih lagi tidak cukup tetapi boleh membantu anda.

Baca : Dapatkan quotation untuk Hibah bersyarat takaful

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post