SIMPANAN 101 : Jangan berbelanja dengan duit yang bukan milik anda (hutang)


Salah satu punca masalah kewangan berlaku dikalangan rakyat Malaysia hari ini adalah kerana sikap suka berbelanja melebihi pendapatan sendiri.

Lebih malang lagi apabila banyak syarikat termasuk bank mula menawarkan fasiliti pinjaman dan juga bayaran ansuran untuk setiap pembelian. Walaupun fasiliti ini boleh membantu, tetapi pada masa yang sama juga boleh merosakkan individu itu sendiri.

Berikut adalah tiga (3) perkara yang anda perlu tahu sebelum berbelanja

Berbelanja melebihi pendapatan

Jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan anda.

Ramai yang menggunakan kad kredit untuk berbelanja walaupun dalam akaun simpanan tiada duit lagi. Walaupun anda boleh bayar selepas dapat gaji, tetapi perkara ini hanya akan mendekatkan diri anda kepada masalah kewangan.

Cara paling senang dan selamat, buat satu bajet berbelanja mengikut pendapatan yang anda terima. Jika anda mahu berbelanja lebih, anda perlu kerja untuk dapatkan pendapatan lebih.

Tidak melebihi satu (1) tahun

Jika anda mahu menggunakan fasiliti pinjaman serta bayaran ansuran juga, pastikan semua hutang tersebut perlu diselesaikan dalam masa satu (1) tahun sahaja. Lebih awal anda selesaikan, lebih bagus.

Walaupun bayaran rendah untuk tempoh masa yang panjang, tetapi akan membebankan anda. Satu perkara yang anda perlu tahu adalah semakin meningkat usia, semakin banyak komitmen yang anda akan hadapi.

Jadi, sebaiknya jika anda boleh elakkan berhutang sejak dari awal lagi.

Banding kadar faedah

Jika mahu guna fasiliti kad kredit atau pinjaman peribadi, buat perbanding kadar faedah (interest rate) yang ditawarkan. Ambil masa anda untuk buat survey dahulu sebelum buat keputusan.

Jika tersalah ambil pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi, anda akan menyesal untuk satu tempoh yang panjang.
Tunggu dan sabar (delay gratification)

Cara terbaik untuk anda mengelak dari menghadapi masalah kewangan adalah dengan mempunyai sikap 'tunggu & sabar'.

Contohnya, jika anda mahu beli sesuatu barang, anda hanya perlu bersabar dan menunggu sahaja.

Anda perlu menangguh semua kemahuan anda untuk dapatkan sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang.

Comments

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)