Kalau ada rasa macam ini di tempat kerja, itu tanda anda kena 'move on'

Image result for demotivated at work
Apabila sudah bekerja di sesuatu syarikat terlalu lama, anda perlu menilai semula kerjaya anda.

Bukan bermakna majikan sekarang tidak bagus, tetapi anda perlu melakukan sesuatu atau move on untuk meningkatkan diri anda sendiri.

Kadang-kadang kita sendiri tak perasan yang terdapat tanda-tanda di tempat kerja sekarang tak sesuai lagi dengan diri kita. Berikut adalah tanda-tanda untuk anda move on ke tempat baru.

Tiada skil baru

Kerja sudah lima (5) tahun tapi masih lagi buat skop kerja yang sama sahaja. Jangan biarkan perkara ini berlaku kepada diri anda.

Minta bos atau majikan anda supaya berikan skop kerja baru supaya anda boleh tambah skil baru. Jika masih lagi tiada skil baru, tiba masa untuk anda move on ke tempat baru untuk tambah skil baru.

Selain skop kerja, anda juga perlu belajar untuk tambah skil komunikasi, skil sebagai seorang pemimpin dan lain-lain lagi. Skil seperti ini sangat penting untuk kerjaya anda.

Majikan sepatutnya menyediakan latihan untuk meningkatkan skil-skil tersebut.

Rasa tidak semangat di tempat kerja

Monday blues? Jika anda rasa seperti malas dan tidak semangat di tempat kerja, mungkin itu tanda yang anda perlu cari kerjaya dalam bidang baru.

Rasa tidak semangat bukan sahaja memberi kesan buruk kepada anda tetapi juga kepada syarikat.

Perkara seperti ini biasanya melibatkan masalah seperti pekerja tidak rasa penting di tempat kerja, pekerja sudah bosan dengan skop kerja yang sama dan juga masalah ditempat kerja yang tidak pernah selesai.

Tiada kenaikan gaji

Selain itu, anda juga perlu melihat kepada kenaikan gaji anda setiap tahun. Anda perlu tahu bahawa kos sara hidup semakin hari semakin meningkat. Jika gaji anda tidak meningkat, hidup anda akan semakin tertekan.

Kenaikan gaji juga dapat meningkatkan motivasi dan semangat anda untuk kerja.

Lebih penting lagi, jika skop kerja anda meningkat, gaji anda juga perlu meningkat. Jika tidak, move on sahaja.

Baca : Cara mudah untuk buat resume yang menarik untuk dapatkan kerja yang best

Tiada kenaikan pangkat

Ya, kenaikan pangkat sangat penting dalam kerjaya anda. Bukan sahaja gaji meningkat, tetapi banyak lagi skil yang anda boleh belajar.

Anda tidak boleh berada dalam sesuatu jawatan untuk tempoh yang lama jika ingin belajar banyak perkara.

Jika tiada kenaikan pangkat, anda boleh move on ke syarikat lain.

Banyak manfaat ditarik balik.

Ketika ekonomi semakin merudum, banyak syarikat yang mula mengurangkan manfaat kepada staff. Contohnya adalah seperti manfaat kad perubatan, elaun dan lain-lain lagi.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post