"Fokus yang asas kewangan dulu baru fikir nak melabur ke mana" admin

Image result for investment

Ramai yang tanya, pelaburan mana yang best dan menguntungkan? Bila tanya balik asas kewangan dah ada ke belum, semua jawab belum.

Asas pengurusan kewangan sentiasa bermula dengan simpanan & perlindungan.

#1 Simpanan

Pertama sekali, buat simpanan secukupnya iaitu 3 hingga 6 bulan gaji. Simpan dalam Tabung Haji atau ASB.

Kenapa perlu ada 3 hingga 6 bulan simpanan ni? Fungsi utama adalah sebagai dana kecemasan sama ada untuk diri sendiri atau pelaburan.

Pelaburan hartanah

Jika anda ingin melabur dalam hartanah, simpanan memang akan sangat membantu. Anda perlukan simpanan yang banyak untuk perkara-perkara berikut.
  1. Deposit - Tanpa deposit, anda tidak boleh melabur dalam hartanah. 
  2. Kos jual beli - Anda juga masih perlukan duit untuk menanggung kos lain seperti peguam, insuran dan lain-lain
  3. Simpanan - Pihak bank akan menilai seseorang melalui simpanan individu. Jika tiada simpanan langsung, susah untuk pinjaman lulus.
  4. Kecemasan - Jika anda mahu sewakan semula, ada masih perlu sediakan duit sebagai persediaan sebelum menunggu penyewa masuk
  5. Barang dalam rumah - Lepas dapat rumah, anda perlu sediakan perabot untuk pastikan penyewa masuk ke dalam rumah
Sebab itu pelaburan hartanah memerlukan satu persediaan simpanan yang cukup baik. Kalau tidak, pelaburan hartanah anda mungkin akan mengalami masalah dan menyebabkan rumah tersebut dilelong semula jika anda gagal bayar dengan baik.

Pelaburan unit trust

Ada yang menganggap pelaburan unit trust juga adalah satu 'simpanan jangka masa panjang'. Ada betul juga. Tetapi, instrumen tersebut masih lagi satu pelaburan dimana tiada jaminan pulangan dan terdapat yuran dan caj yang perlu dibayar.

Jika anda melabur dalam unit trust dan pada masa yang sama tiada simpanan, pelaburan anda akan terganggu apabila:
  1. Mempunyai masalah kewangan peribadi - Anda mungkin terpaksa mengeluarkan duit untuk satu perbelanjaan yang besar seperti beli handphone atau laptop baru akibat rosak. Tanpa simpanan, anda mungkin terpaksa mengeluarkan semula duit dalam pelaburan unit trust anda.
  2. Tiada duit untuk pelaburan - Jika bulan tersebut anda mengalami masalah kewangan, anda mungkin terpaksa skip pelaburan bulanan anda. Jika ada simpanan, anda masih boleh gunakan simpanan tersebut untuk teruskan pelaburan anda.
Sangat penting untuk anda fokus kepada simpanan dahulu sebelum mula fikir untuk melabur. Anda boleh simpan duit anda di tempat yang mudah cari seperti akaun simpanan dengan bank, akaun tabung haji dan lain-lain.


#2 Perlindungan

Rakyat Malaysia masih ramai yang tidak mempunyai pelan perlindungan sendiri iaitu income protection (kad perubatan) dan income replacement (hibah/pampasan).

Dua (2) elemen ini sangat penting sebelum anda mula melabur. Jika anda melabur tanpa mempunyai sebarang pelan perlindungan, anda akan terdedah dengan risiko seperti berikut:

Pelaburan hartanah

Jika anda ambil pinjaman atau pembiayaan dengan pihak bank, anda akan diwajibkan untuk ambil insuran untuk melindungan pinjaman anda menggunakan MRTT atau MLTT.

Risiko terlibat:
  1. Kematian - Anda mungkin mempunyai insuran dengan bank untuk cover semua hutang tersebut. Tetapi, waris anda juga masih memerlukan duit untuk menjaga rumah tersebut (bayaran maintenance, cukai pintu dan lain-lain)
  2. Masuk hospital - Tanpa kad perubatan, anda terpaksa menggunakan duit sendiri jika dimasukkan ke hospital. Secara tidak langsung, semua hasil keuntungan dari pelaburan hanya habis bayar kos perubatan sahaja
  3. Tidak bekerja akibat sakit - Jika sebelum ini anda bekerja, anda mungkin boleh menanggung segala kos rumah anda. Tetapi jika tidak bekerja akibat sakit, anda mungkin tidak mampu lagi menjaga rumah tersebut. Kesannya, anda terpaksa menjual semula rumah tersebut.
  4. Pinjaman perumahan - Jika anda mempunyai pelan perlindungan, pihak bank juga akan lebih suka kerana risiko anda sangat rendah.
Pelaburan unit trust

Jika anda melabur dalam unit trust, pastinya anda mempunyai matlamat keuntungan sendiri. Ada yang melabur untuk mendapatkan RM1juta dalam masa 30 tahun.

Matlamat pelaburan anda mungkin tidak akan tercapai jika anda tidak mempunyai pelan perlindungan. 

Risiko terlibat:
  1. Masuk ke hospital - Jika kos perubatan sangat tinggi, anda terpaksa mengeluarkan segala pelaburan anda dalam unit trust.
  2. Tidak bekerja akibat sakit - Tidak bekerja, tiada pendapatan, tiada pelaburan.
  3. Kematian - Anda melabur untuk dapatkan RM1juta untuk diwariskan kepada keluarga dan pelan persaraan anda. Jika anda meninggal dunia, jumlah RM1juta tersebut tidak dapat dicapai melainkan anda melindungi pelaburan anda.
Pelan pelaburan bukan untuk menakutkan anda tetapi untuk melindungi anda dan waris anda.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post