
Salah satu cara untuk menjadikan anak anda seorang usahawan
adalah dengan mendidik sejak dari kecil lagi. Jika dari kecil sudah didedahkan
dengan dunia keusahawanan, mereka akan lebih cenderung untuk menjad seoarang
usahawan.
Berikut adalah lima (5) cara yang anda boleh lakukan untuk
jadikan anak anda seorang usahawan.
#Buat salah adalah
perkara biasa
Dunia kanak-kanak sentiasa ingin mencuba perkara baru. Oleh
itu, mereka akan kerap melakukan banyak kesalahan.
Cara terbaik untuk membimbing adalah dengan tidak memarahi
tetapi menerangkan kesan setiap kesalahan tersebut. Dalam proses ke alam
dewasa, mereka akan kerap melakukan kesalahan dan perkara itu adalah normal.
Selain itu, anda juga perlu menerangkan kepada anak anda
supaya bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah diambil.
Kaedah ini akan mendidik anak-anak menjadi seoarang yang
lebih bertanggungjawab.
#Networking adalah
sangat penting
Dalam perniagaaan, seorang usahawan yang mempunyai ramai
kenalan akan lebih mudah untuk Berjaya. Oleh itu, anda perlu mendidik anak anda
supaya berkawan dengan ramai orang.
Lagi ramai kawan, lagi banyak peluang untuk mereka pada masa
akan datang.
Hubungan dengan kawan-kawan adalah sangat penting dan perlu
dijaga dengan baik. Setiap kawan mempunyai potensi untuk menjadi individu yang
bakal membantu kita dalam perniagaan pada masa akan datang.
#Tiada istilah cepat
kaya
Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan
muda adalah apabila mempunyai sikap ingin kaya dengan cepat.
Untuk kekal lama dalam perniagaan, anda perlu belajar selok
belok perniagaan dan cari lebih banyak pengalaman. Sejak dari kecil, didik anak
anda yang perniagaan adalah satu tempoh yang panjang dan memerlukan banyak
pengorbanan.
Lagi banyak pengalaman dalam dunia perniagaan, lebih mudah
untuk kekal dalam perniagaan.
#Urus kewangan peribadi
dengan baik
Sebelum merancang untuk mengurus wang syarikat yang besar
jumlahnya, didik anak anda untuk urus pengurusan kewangan peribadi dengan baik.
Fahamkan juga kesan pengurusan kewangan yang buruk kepada
diri sendiri dan juga perniagaan.
Pengurusan kewangan peribadi yang baik memudahkan seorang
usahawan mengurus kewangan perniagaan mereka dengan baik.