Boleh ke saya kerja sendiri dan buat bisnes?Baca ciri-ciri penting seorang usahawan

Image result for i'm an entrepreneur

Anda mungkin tertanya-tanya diri sendiri sama ada diri anda sesuai buat bisnes sendiri atau kerja dengan majikan.

Kadang-kadang kita tak sedar yang diri kita sekarang sudah mempunyai ciri-ciri seorang usahawan. Anda perlu tahu kekuatan diri anda.

Berikut adalah beberapa ciri yang menunjukkan anda adalah seorang usahawan walaupun masih bekerja dengan majikan.

#Tepati masa

Kalau anda sekarang bekerja dengan majikan, cuba semak semula berapa kali anda datang lewat ke pejabat. Seminggu sekali? Sebulan sekali? Atau setahun sekali?

Jika anda memang seorang yang sangat menepati masa, anda sebenarnya sudah mempunyai satu ciri penting seorang usahawan.

Dalam perniagaan, jika anda tidak tepati masa dan sering terlewat terutama apabila berjumpa dengan pelanggan, mungkin anda akan kehilangan pelanggan anda.

Selain itu, tepati masa bukan sahaja untuk pelanggan anda malah lebih penting untuk diri sendiri. Setiap goal yang anda ingin capai boleh dilakukan jika anda sentiasa menepati masa anda.

#Sentiasa kerja lebih

Kerja lebih untuk dapatkan pendapatan lebih. Ramai individu yang mula bekerja sendiri mempunyai ciri-ciri bekerja kuat dan lebih masa.

Mereka sentiasa sibuk dan mencari peluang kerana tanpa sebarang aktiviti, mereka tidak akan dapat duit. Selain itu, seorang usahawan akan bertindak sendiri tanpa perlu dipaksa oleh orang lain.

#Kental, kuat & tak putus asa

Ini adalah ciri-ciri yang wajib seorang usahawan ada dalam diri mereka.

Dalam perniagaan, terlalu banyak rintangan terutama rejection dari bakal pelanggan mereka. Setiap halangan tidak sepatutnya melemahkan usahawan tetapi meningkatkan lagi motivasi mereka.

Sampai satu masa orang sekeliling anda akan cakap yang anda adalah 'gila'. Mungkin kerana kerja yang terlalu kuat atau strategi yang baru dan tidak pernah digunakan.

#Sentiasa upgrade diri dengan ilmu baru

Setiap hari, pastikan ada ilmu baru yang anda dapat. Sama ada melalui pembacaan, pergi ke seminar atau perkongsian dari orang lain.

Apabila anda sentiasa tambah ilmu baru, anda akan berjumpa dengan pengalaman baru dalam pekerjaan anda.

#Usaha, doa, tawakal

Akhir sekali, perkara biasa yang dilakukan adalah tiga (3) perkara penting iaitu usaha, doa dan tawakal.

Untuk dapatkan sesuatu, anda memang perlu berusaha dan bekerja keras. Kemudian, tidak lupa juga doa supaya usaha anda mendatangkan hasil.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post