Rezeki sudah ditentukan? Ini 8 jenis rezeki yang anda perlu tahu


Kadang-kadang kita hanya percaya yang rezeki itu memang sudah ditentukan dari awal sahaja. Ya betul, tetapi ada juga rezeki yang datang dari pelbagai sebab yang lain contohnya seperti selepas kita berusaha.

Berikut adalah jenis-jenis rezeki yang anda perlu tahu.

#1 Rezeki Yang Telah Dijamin

Terdapat juga rezeki yang telah dijamin untuk semua orang sama ada kita berusaha atau tidak.

‎"Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya." (Surah Hud : 6).

#2 Rezeki Kerana Usaha

Anda berusaha, anda dapat. Ini contoh paling mudah untuk menggambarkan rezeki atas usaha kita sendiri.

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

#3 Rezeki Kerana Bersyukur

Setiap rezeki yang kita sudah terima, akan berganda jika kita sentiasa bersyukur.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 


#4 Rezeki Tak Terduga

Rezeki yang tak disangka-sangka. Dalam keadaan yang sangat memerlukan, tiba-tiba datang satu bantuan.

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

#5 Rezeki Kerana Istighfar

Dengan hanya beristighfar, rezeki anda akan bertambah.

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

#6 Rezeki Kerana Menikah.

Walaupun majlis perkahwinan memerlukan satu kos yang tinggi, tetapi percayalah rezeki hasil dari perkahwinan tersebut tetap ada.

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

#7 Rezeki Kerana Anak 

Selepas berkahwin, terdapat juga satu rezeki hasil dari lahirnya anak. Anda perlu bersyukur jika dikurniakan anak yang ramai.

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

#8 Rezeki Kerana Sedekah

Lebih banyak anda memberi, lebih banyak rezeki anda akan terima. Kebanyakan jutawan hari ini mempunyai satu hobi yang sama iaitu suka menderma.

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post