LHDN kejar waris jika pembayar tidak bayar cukai. Jangan zalimi waris anda!

Image result for lhdn

Jika anda sering lari dari bayar cukai, anda sebenarnya telah menzalimi waris anda.

Ini fakta yang anda harus terima.

Di bawah Seksyen 74 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempunyai hak untuk mengutip cukai si mati dari waris sah.

Apa yang perlu anda lakukan?

#1 Urus cukai

Walaupun anda tidak boleh lari dari cukai, tetapi anda boleh kurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.

Anda boleh baca artikel '5 cara kurangkan cukai pendapatan tahun hadapan'. Anda perlu tahu jenis pelepasan yang dibenarkan seperti pembelian buku, insuran & medical card, pembelian laptop dan lain-lain lagi.

#2 Waris boleh buat bayaran ansuran

Jika anda sebagai waris yang perlu menanggung cukai ayah atau ibu, anda boleh pergi ke pejabat LHDN untuk membuat perbincangan berkenaan bayaran ansuran.

Walaupun terpaksa membayar cukai yang tertunggak, beban tersebut dapat dikurangkan melalui pembayaran secara ansuran.

#3 Sediakan wang tunai sebagai wang kecemasan

Jika ayah atau ibu anda meninggal sejumlah simpanan untuk waris mereka, anda boleh gunakan wang tersebut untuk membayar cukai yang tertunggak.

Baca : Cara terbaik untuk menggunakan pelepasan cukai 'gaya hidup' untuk tahun 2017

#4 Pampasan kematian sebagai bantuan

Mungkin ini salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk tidak menzalimi waris anda. Anda boleh ambil pelan takaful hayat dengan mengambil kira perbelanjaan, hutang tertunggak dan juga cukai yang bakal anda bayar.

Melalui cara ini, waris yang juga penerima pampasan boleh gunakan duit tersebut untuk bayar semua hutang termasuk cukai tertunggak anda. Jadi, selepas ini anda juga boleh masukkan jumlah cukai sebagai satu komitmen dalam jumlah pampasan takaful hayat.

Takaful hayat juga merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan cukai pendapatan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post