Cara dapatkan semula wang yang ada di dalam akaun Wang Tak Dituntut (WTD)

Image result for unclaimed money

Pernah tak anda buka akaun bank kemudian biarkan sahaja akaun bank tersebut? Mungkin anda lupa dalam bank tersebut mempunyai baki duit anda walaupun sedikit sahaja.

Duit tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Wang Tak Dituntut.

Apa itu Wang Tak Dituntut?

1) Wang yang perlu dibayar kepada tetapi tidak dibayar dalam masa satu (1) tahun

Contoh : Gaji, upah, bonus, tuntutan insuran, deposit, simpanan tetap yang telah matang dan lain-lain lagi.

2) Wang dalam akaun yang tidak dikendalikan oleh pemilik akaun selepas tujuh (7) tahun.

Contoh : Akaun simpanan & akaun semasa

3) Wang dalam akaun dagangan yang tidak aktif dalam urusniaga dalam masa dua (2) tahun

Contoh : Akaun pemiutang dagangan & akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Bagaimana untuk menyemak wang tak dituntut milik kita?

Lembah Klang - Pergi ke Pejabat Pendaftar di Aras 42, Menara Maybank, Kuala Lumpur. Pastikan anda bawa Mykad anda.

Negeri lain - Untuk lokasi tepat, anda boleh hubungi nombor ini 03-20568055 untuk menyemak lokasi pejabat yang berhampiran tempat tinggal anda.

Hanya penama sahaja yang boleh semak akaun tersebut. Jika penama uzur dan perlukan wakil untuk menyemak akaun tersebut, anda boleh dapatkan surat pengesahan kesihatan dari klinik atau hospital dan surat sokongan hubungan.

Manakala semakan untuk individu yang sudah meninggal pula, anda perlu bawa sijil kematian dan surat sokongan hubungan.

Permohonan pengeluaran Wang Tak Dituntut

Anda perlu mengisi borang Permohonan Pembayaran Balik WTD serta perlu lampirkan beberapa dokumen sokongan.

Pembayaran semula akan dilakukan dalam masa 30 hari.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca mengenai Wang Tak Dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post