Anak gaji RM2.5K tapi parent minta kereta Vios. Apa perlu saya buat?


Soalan : Saya ada masalah sedikit berkenaan pengurusan kewangan. Gaji saya rendah RM2,500 dan duduk di Kuala Lumpur. Setakat ni, saya boleh menyimpan setiap bulan RM800.

Cuma baru-baru ini parent saya nak saya beli kereta vios untuk kegunaan keluarga dimana saya perlu bayar ansuran sebanyak RM800 sebulan. Adakah beli kereta yang agak mahal ini satu keputusan yang tepat untuk saya?

Jawapan:

Kos sara hidup meningkat

Kos untuk hidup di Lembah Klang memang sangat tinggi dan membebankan. Dengan memiliki kereta baru, anda bukan sahaja terlibat dengan kos ansuran malah juga kos lain seperti petrol, tol, parking maintenance dan lain-lain lagi.

Jika bayaran ansuran kereta anda adalah RM800, anda perlu menyediakan lagi RM800 untuk menampung kos-kos tambahan lain.

Kos tersebut akan menyebabkan anda lebih sukar untuk merancang kewangan anda dengan baik terutama melibatkan simpanan, pelaburan dan perlindungan.

Hutang semasa

Jika anda sudah mempunyai hutang sedia ada seperti bayaran hutang PTPTN, hutang rumah, kad kredit atau pinjaman peribadi. Anda mungkin perlu menilai semula kemampuan anda untuk membeli kereta baru.

Jika hutang semasa adalah sangat rendah, tidak menjadi masalah untuk memiliki kereta baru. Jika gagal bayar ansuran kereta tersebut, nama anda akan disenarai hitam dan kereta tersebut akan ditarik semula oleh pihak bank.

Beli rumah

Jika anda bermula dengan hutang kereta yang tinggi, amat sukar untuk anda beli rumah pertama kerana komitmen yang sudah tinggi.

Oleh itu, jika anda merancang untuk beli rumah dalam masa terdekat, anda perlu lupakan dahulu pembelian kereta.

Bagi sesetengah individu, amat sukar untuk menolak permintaan ibu bapa. Namun, jika permintaan tersebut menyebabkan anda terpaksa menghadapi masalah kewangan yang berat, anda perlu menolak dengan baik.

3 cara untuk menolak permintaan ibu bapa

  1. Beli kereta yang lebih murah
  2. Beritahu ingin beli rumah dalam masa terdekat
  3. Beri kesedaran mengenai keburukan keputusan tersebut

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post