5 perkara yang lelaki boleh lakukan ketika menunggu wanita 'bersiap'

Image result for waiting in a car
Pernah tak anda sebagai lelaki terpaksa menunggu sehingga satu (1) jam untuk perempuan bersiap? Ini perkara biasa yang terjadi dan dihadapi oleh kaum lelaki.

Jadi, sementara nak tunggu perempuan bersiap, dengan anggaran satu jam, banyak perkara yang anda boleh lakukan sebenarnya.

Antaranya adalah seperti berikut.

#1 Membaca

Ini adalah perkara paling mudah yang anda boleh lakukan iaitu membaca artikel-artikel yang bermanfaat. Tambah ilmu kewangan dan pelaburan anda.

Dalam masa satu jam, anda boleh baca banyak artikel! Lebih menarik, anda juga boleh terlibat sama dalam perbincangan dalam forum atau kumpulan yang membincangkan berkenaan kewangan.

#2 Bisnes Online & layan customer

Kalau anda tiada bisnes, anda boleh habiskan satu jam dengan membaca cara-cara untuk mulakan sesuatu perniagaan secara online. Paling mudah, anda boleh daftar diri anda sebagai ejen atau affiliate dengan hanya mempromosikan produk orang lain.

Jika anda sudah mempunyai bisnes, anda masih sempat untuk melakukan promosi dan juga melayan setiap pertanyaan dari pelanggan anda.

Jadi, masa anda tidak terbuang begitu sahaja.
#3 Buat perbanding pakej takaful

Mungkin sebelum ini anda pernah berjumpa beberapa orang ejen takaful untuk minta penerangan dan dapatkan quotation.

Jadi, dalam masa satu (1) jam anda boleh membuat perbandingan dan pilih yang terbaik. Jika sudah buat keputusan, anda juga masih sempat untuk berjumpa dengan ejen takaful pilihan anda dan terus hantar permohonan takaful.

#4 Review dana Unit Trust / Saham

Jika anda melabur dalam salah satu dana unit trust atau terlibat secara langsung dengan pembelian saham, anda boleh habiskan masa satu jam dengan membuat analisis mengenai dana dan saham-saham terbaik.

Prestasi dana dan saham boleh dilihat dengan hanya melalui smartphone anda sahaja.

Bagi pelabur saham, anda juga sempat untuk membuat transaksi beli atau jual sesuatu saham.

#5 Review rumah untuk pelaburan

Masih merancang untuk beli rumah pertama? Hanya perlu ambil masa satu jam untuk lihat dan buat perbandingan rumah melalui website seperti mudah.my, iproperty dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, anda juga boleh menghubungi ejen hartanah tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan membuat temujanji.

Kalau anda sempat lakukan salah satu dari lima perkara diatas, anda tidak akan rasa satu jam itu tempoh yang lama. Masa anda juga tidak terbuang begitu sahaja.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post