3 rancangan kewangan untuk pastikan dapur anda sentiasa berasap

Image result for cooking
Dapat gaji terus makan sedap-sedap? Sindrom seperti ini yang menjadi punca masalah kewangan tidak teratur.

Pengurusan kewangan bukan melibatkan aset, pelaburan dan simpanan sahaja. Malah, setiap perbelanjaan termasuk barang dapur anda sendiri.

Berikut adalah tiga (3) rancangan kewangan untuk pastikan dapur anda sentiasa berasap.

Bajet

Dalam apa bentuk pengurusan kewangan sekalipun, anda mesti mula dengan bajet. Sama ada bajet bulanan, mingguan atau harian.

Contoh paling mudah adalah apabila anda mempunyai bajet perbelanjaan dapur sebanyak RM500 sebulan. Ini bermakna, anda hanya boleh belanjakan sebanyak RM500 untuk beli segala bahan mentah dan makanan untuk bulan tersebut.

Asingkan siap-siap RM500 dari gaji anda untuk beli barang dapur.

Tip untuk buat bajet barang dapur

  • Asingkan bajet makan dirumah dan juga makan diluar
  • Buat tabung untuk anda 'makan besar'
  • Buat jadual menu masakan
  • Buat bajet berdasarkan gaya pemakanan keluarga

Jadual makan luar

Setiap orang pastinya mahu merasa makan di luar atau di restoran. Ketua keluarga terutamanya perlu membuat jadual, berapa kali anda boleh makan di luar dalam masa sebulan.
'Kalau hari-hari makan diluar, koyak duit anda nanti.'
Makan seminggu sekali diluar pun sudah memadai. Selain itu, tetapkan juga jumlah yang anda akan peruntukan jika mahu makan di restoran.

Contohnya, RM300 adalah bajet untuk makan diluar sebulan. Jika anak anda ramai, bajet tersebut juga perlu ditinggikan lagi. Selain itu, anda juga boleh pilih untuk makan luar jika terdapat kupon voucher atau promosi untuk lebih jimat.

Jadual jenis makanan

Anda juga boleh buat jadual menu masakan. Cara ini lebih efektif dan membantu anda untuk merancang pembelian bahan mentah setiap minggu.

'Kalau hari-hari makan benda yang sama pun bosan juga kan?'

Jenis makanan yang anda beli, akan menentukan juga kos perbelanjaan yang dikeluarkan. Dengan jadual jenis makanan ini, anda boleh menyusun bajet perbelanjaan anda pada bulan tersebut.

Selain itu, jadual makanan ini juga akan membantu anda merancang dan menyusun makanan seimbang. Jika anda sedang diet, ini cara paling baik.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post