Cukai Pelancongan : Satu lagi bebanan untuk rakyat?

Image result for malaysia tourism

Satu lagi bentuk cukai baru bakal dilaksanakan di Malaysia iaitu 'Cukai Pelancongan' yang akan bermula pada 1 Julai 2017.

Melalui cukai pelancongan tersebut, harga bagi satu bilik hotel bakal dikenakan cukai antara RM2.50 hingga RM20 sehari. Selain itu, Malaysia bukan negara pertama yang melaksanakan cukai pelancongan ini.

Menurut Datuk Seri Nazri Aziz, melalui pelaksanaan cukai pelancongan tersebut, kerajaan bakal menerima kutipan sehingga RM654.62 juta.

Kenapa cukai pelancongan?

Malaysia merupakan salah satu negara yang menjadi tumpuan pelancong dari luar negara sejak dari dahulu lagi. Oleh itu, kebanyakan cukai pelancongan akan diperoleh dari pelancong luar negara yang gemar bermalam di hotel.

Namun, rakyat Malaysia yang melancong dalam negara juga turut sama menyumbang cukai pelancongan ini.



Membebankan?

Bagi individu yang mahu melancong dalam negara dan memilih hotel bajet, cukai tersebut mungkin akan memberi kesan. Manakala individu yang menempah bilik hotel lima bintang pula mungkin tidak terkesan dengan cukai pelancongan ini kerana memang berkemampuan.

Sama juga seperti cukai GST yang mana golongan berpendapatan rendah akan terkesan dengan pelaksaan tersebut berbanding golongan berpendapatan tinggi. Walaupun hotel bajet akan dikenakan cukai pelancongan yang minimum iaitu RM2.50 satu malam, tetapi masih memberi kesan kepada individu yang berpendapatan rendah.


Cadangan pelaksanaan

Cukai pelancongan ini hanya dilaksanakan di hotel beraraf empat dan lima bintang sahaja kerana golongan yang menginap di hotel tersebut adalah lebih berkemampuan. Selain itu, hotel juga boleh mengambil inisiatif lain bagi menarik pelancong untuk menginap di hotel mereka tanpa rasa terbeban dengan cukai pelancongan seperti servis tambahan, hadiah percuma dan lain-lain.

Hasil cukai pelancongan juga akan diagihkan mengikut negeri dan pada masa yang sama meningkatkan lagi sektor pelancongan setiap negeri dalam Malaysia.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)