Bayar zakat fitrah kini lebih mudah dengan hanya melalui Maybank2U (M2U) sahaja. Anda boleh bayar dengan hanya duduk di rumah sahaja.
Berikut adalah langkah-langkah untuk buat bayaran zakat fitrah melalui M2U.
Langkah 1: Pergi ke 'Make One-off Payment'
Langkah 2: Pilih 'Zakat & Charity'
Langkah 3: Pilih institusi zakat
Langkah 4: Isi maklumat berikut
- Semua negeri adalah RM7.00 kecuali Negeri Sembilan (RM6.50) & Melaka (RM6.70)
- Pilih 'Zakat Fitrah'
Langkah 5: Baca akad 'Zakat Fitrah'
Akad Zakat Fitrah
"Inilah wang yang menggantikan beras fitrah yang wajib keatas diriku/tanggunganku sebanyak RM...... pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"
Semoga fasiliti yang disediakan melalui perbankan internet memudahkan lagi kita untuk membuat bayaran zakat fitrah.
Baca : Cara kira zakat pendapatan
Tags:
INFO KEWANGAN