Bitcoin mula diterima sebagai matawang digital. Apa itu Bitcoin?



Pernah dengar mengenai Bitcoin? Adakah Bitcoin satu pelaburan yang menguntungkan? Kenapa orang ramai mula beli Bitcoin?

Ini antara beberapa soalan yang sering ditanya mengenai Bitcoin. Satu trend baru dalam dunia internet dan kewangan yang semakin tersebar. Pada tahun 2011, harga bagi 1 BTC adalah USD $1.00 sahaja. Harga setakat Jun 2017 dan paling tinggi adalah 1 BTC bersamaan USD $3,000.

Berikut adalah info asas mengenai Bitcoin yang anda perlu tahu dan fahamkan.

Apa itu Bitcoin?
Bitcoin adalah matawang digital, internet currency atau dikenali juga sebagai cryptocurrency. Bitcoin juga adalah satu bentuk matawang yang decentralised iaitu tidak dikeluarkan atau dikawal oleh mana-mana institusi kewangan.

Di Malaysia, matawang Ringgit dikeluarkan dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Setakat hari ini, BNM tidak pernah mengiktiraf Bitcoin sebagai salah satu matawang yang sah di Malaysia. Ini merupakan salah satu risiko paling besar untuk pembeli Bitcoin di Malaysia.

Secara keseluruhan, terdapat banyak negara yang masih lagi tidak mengiktiraf Bitcoin sebagai matawang yang sah dan pada masa yang sama terdapat juga negara yang sudah menerima Bitcoin.

Anda boleh gunakan matawang digital tersebut sama ada melalui transaksi online atau offline (kad debit). Terdapat beberapa kedai dan servis yang sudah menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran di Malaysia.


Bagaimana nak dapatkan Bitcoin?
Hanya terdapat dua (2) cara sahaja untuk dapatkan Bitcoin iaitu sama ada anda perlu beli atau melombong (mining) sendiri.

1. Beli
Di Malaysia, terdapat beberapa website yang anda boleh beli dan dapatkan Bitcoin seperti Localbitcoins.com, Remitano.com, Luno.com dan banyak lagi. Anda boleh beli melalui online transfer terus dari akaun bank anda.

2. Melombong (mining)
Untuk melombong Bitcoin, anda memerlukan kos yang tinggi sebagai modal. Anda boleh baca info mengenai melombong Bitcoin disini. FAQ: Everything You Should Know about Bitcoin in Malaysia, as a Newbie

Nota : Anda juga boleh dermakan Bitcoin anda kepada orang lain

Bitcoin itu satu skim cepat kaya?
Mungkin anda pernah dengar ada individu menawarkan pembelian Bitcoin kemudian mendapat pulangan atau keuntungan setiap bulan secara konsisten. Ini adalah salah satu bentuk penipuan dan skim cepat kaya yang anda perlu elakkan.

Skim cepat kaya ini hanya menggunakan Bitcoin sebagai satu alat untuk menutup penipuan skim mereka. Fungsi utama adalah sebagai medium pertukaran wang digital.

Adakah Bitcoin boleh dijadikan sebagai pelaburan?
Boleh, tetapi berisiko tinggi. Harga Bitcoin setiap negara adalah berbeza dan sentiasa berubah-ubah (naik dan turun). Sama seperti emas, harga Bitcoin juga telah meningkat dengan banyak sejak diperkenalkan.

Anda mendapat keuntungan jika harga Bitcoin naik tetapi mendapat kerugian jika harga Bitcoin rendah. Oleh sebab itu, Bitcoin lebih sesuai untuk dijadikan sebagai satu bentuk pelaburan jangka masa panjang (selain dari medium pertukaran matawang).


Apakah risiko-risiko yang anda perlu tahu sebelum beli Bitcoin?
  • BNM masih lagi tidak mengiktiraf Bitcoin sebagai matawang yang sah di Malaysia 
  • Naik & turun (anda beli hari ini, esok harga Bitcoin turun sehingga 10%) 
  • Pihak ketiga - Anda boleh beli Bitcoin dari pihak ketiga yang terdedah kepada penipuan 
  • Ilmu internet - Bitcoin adalah 100% matawang digital. Anda perlu tahu ilmu mengenai penggunaan internet atau anda mungkin tertipu 
  • Cyberattack - Risiko paling tinggi apabila akaun anda terdedah kepada hacker. Pastikan anda guna password yang kuat dan selamat. 
Sebagai permulaan, sekali lagi, elakkan skim yang menawarkan pulangan dan keuntungan tetap setiap bulan.

Sumber : Anda boleh baca mengenai Bitcoin lebih lanjut disini : Ringgit Oh Ringgit

2 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post