Bagaimana anda boleh mulakan perniagaan dengan modal yang sangat rendah

Image result for business plan
Anda mungkin berminat untuk mulakan perniagaan sendiri tetapi takut dengan modal awal yang diperlukan.

Salah satu nasihat dari ahli perniagaan yang berjaya adalah supaya memulakan perniagaan dengan menggunakan modal yang ada ditangan tanpa membuat sebarang pinjaman.

Sebenarnya, agak mustahil untuk anda mulakan perniagaan tanpa sebarang modal. Anda masih perlu membayar kos pendaftaran syarikat, lesen (jika perlu), kos periklanan dan lain-lain lagi. Tetapi, anda boleh mengurangkan kos atau modal awal untuk mulakan sebarang bentuk perniagaan.

Berikut adalah beberapa kriteria yang anda boleh lakukan untuk mulakan perniagaan dengan modal yang sangat rendah.

1. Servis

Perniagaan yang berbentuk servis atau perkhidmatan adalah perniagaan yang memerlukan modal yang sangat rendah. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk produk dan juga pejabat sendiri.

Berikut adalah penjimatan dan kebaikan jika anda mulakan perniagaan servis dan perkhidmatan.

a) Tidak memerlukan pejabat sendiri kerana sering jumpa pelanggan diluar
b) Tidak memerlukan staff sebagai permulaan. (melainkan perniagaan anda sudah besar)
c) Tidak perlu stor atau ruang untuk menyimpan barang
d) Boleh dilakukan dimana-mana sahaja

Melalui periklanan internet, anda kini boleh buat periklanan dengan kos yang sangat rendah dan minimum. Melalui internet juga, anda boleh beriklan secara percuma dengan menggunakan medium seperti Facebook & Instagram.

2. Fokus & Outsource

Sebagai permulaan, fokus kepada satu jenis perniagaan sahaja. Contohnya, jika anda menawarkan perkhidmatan tuisyen di rumah, anda boleh fokus kepada jenis perniagaan ini sahaja. Satu jenis perniagaan tidak akan melibatkan banyak kos.

Anda perlu fokus untuk mencari kelamahan perniagaan anda dan pada masa yang sama memantapkan sistem perniagaan anda. Apabila kerja pertama tersebut sudah stabil dan memberi keuntungan, anda sudah boleh mula menambah skop kerja tambahan untuk meningkatkan lagi pendapatan anda.

Selain itu, jika anda merasakan terdapat peluang perniagaan lain yang mendapat permintaan yang tinggi, anda boleh ambil kerja tersebut dan outsource kerja tersebut kepada kenalan anda. Cara ini lebih menjimatkan dan win-win situation kepada anda, pelanggan dan pihak ketiga yang membuat kerja tersebut.

Contoh lain adalah seperti ejen takaful dan Unit Trust. Jika anda mahu bermula, fokus kepada satu produk sahaja. Apabila sudah mahir, barulah anda tambah produk lain yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.
3. Networking

Apabila anda mempunyai ramai kenalan yang sedang menjalankan perniagaan, perjalanan anda dalam perniagaan semakin mudah.

Berikut adalah sebab kenapa networking sangat penting dalam perniagaan.

a) Berkongsi rezeki.
Terdapa ramai ahli perniagaan yang mempunyai lebihan kerja/pelanggan yang mereka sendiri tidak mampu/sempat untuk disiapkan. Biasanya, mereka akan beri kerja/pelanggan tersebut kepada rakan-rakan mereka juga.

b) Soal jawab

Kalau anda baru sahaja mula perniagaan, memang tidak boleh lari dari sebarang bentuk masalah. Sebab itu sangat penting anda mempunyai kenalan dalam servis yang sama dengan anda. Mereka ini yang akan membantu anda.

c) Tolong

Jika anda jalankan perniagaan secara separuh masa, anda mungkin mempunyai masalah apabila terpaksa berjumpa pelanggan ketika waktu pejabat.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post