5 perkara yang anda boleh lakukan dengan duit raya anak anda

Image result for kids money
Musim raya ini memang menjadi kebiasaan apabila anak-anak akan dapat duit raya yang banyak. Jumlah terkumpul boleh mencecah ratusan ringgit bagi seorang anak.

Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab untuk menjaga duit tersebut dengan baik.

Berikut adalah lima (5) perkara yang anda boleh lakukan dengan duit raya anak-anak. 


Simpanan & Pelaburan


Ini adalah perkara paling penting dan semua orang tahu. Semua duit raya terkumpul boleh dimasukkan ke mana-mana akaun simpanan atau pelaburan.

Antara contoh akaun tersebut adalah seperti:
a) Tabung Haji
b) ASB
c) Unit Trust
d) Emas

Banyak lagi akaun simpanan dan pelaburan yang anda boleh simpan duit raya tersebut. Akaun tersebut boleh dijadikan sebagai satu dana pendidikan untuk mereka ketika melangkah ke universiti.


Perlindungan

Anggaran kad perubatan untuk anak-anak adalah antara RM100 ke RM150 sebulan bergantung kepada manfaat yang diambil. 

Duit raya yang diterima juga boleh dijadikan caruman perlindungan atau takaful untuk mereka sendiri. Cara ini secara tidak langsung mendidik anak-anak akan kepentingan kad perubatan sejak dari kecil lagi.

Perbelanjaan sekolah

Duit raya tersebut juga boleh dijadikan duit belanja persekolahan. Cara ini dapat mengurangkan beban ibu bapa terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat.

Selain itu, anda juga boleh memberi duit belanja persekolahan anak anda dengan jumlah yang lebih dari biasa. Jika sebelum ini anda beri RM4 sehari, anda boleh tambah jumlah tersebut kepada RM5 sehari. Tetapi, anda juga mesti terap kesedaran menyimpan kepada anak anda.

Kenaikan duit belanja sekolah akan membantu anak anda meningkatkan lagi jumlah simpanan mereka.

Bayar hutang

Walaupun bunyi cara ini akan menyebabkan anak anda merasa sedih, tetapi secara tidak langsung dapat mengurangkan beban satu keluarga.

Jika anda mempunyai hutang yang terlalu tinggi dan menyebabkan hidup anda tertekan, duit raya tersebut boleh digunakan untuk mengurangkan hutang tersebut. Jika anda mempunyai duit lebih, pastikan anda ganti semula duit raya anak anda.

Barang permainan anak-anak

Beli barang permainan anak-anak tidak menjadi satu masalah. Cuma anda perlu pastikan bahawa duit raya tersebut tidak digunakan sepenuhnya untuk beli barang permainan.

Pastikan anda mengasingkan duit raya tersebut dengan bijak supaya anak anda dapat barang permainan baru dan pada masa yang sama juga mempunyai simpanan sendiri. 

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post