4 penipuan terbesar dalam pengurusan kewangan tahun 2017

Related image

Ramai individu yang tertipu dengan kenyataan yang sering digunakan oleh ejen-ejen dalam sektor kewangan.

Berikut adalah antara beberapa penipuan yang sering berlaku di Malaysia pada tahun 2017.

Unit trust untung 12% setiap tahun
Jika anda pernah dengar ejen Unit Trust memberitahu pelaburan UT mereka mempunyai rekod keuntungan sebanyak 12% setiap tahun, ia adalah satu misleading atau penipuan.

Kenyataan yang betul adalah purata keuntungan 12% setahun bagi 5 tahun sebelum ini. Maksudnya, keuntungan pelaburan UT adalah berubah-ubah setiap tahun sama ada tinggi atau rendah. Namun, apabila anda membuat pengiraan purata bagi tempoh 5 tahun, keuntungan tersebut boleh mencecah 12%.

Oleh sebab itu, jika anda berhenti melabur sebelum tempoh 5 tahun, anda tidak akan dapat keuntungan 12% setahun terutama pelabur yang mula melabur pada tahun 2016 dan 2017.

Kad perubatan ada manfaat simpanan
Pernah tak anda dengar ejen takaful anda memberitahu kad perubatan anda mempunyai simpanan yang boleh dikeluarkan selepas beberapa tahun?

Pertama sekali, dalam takaful, tiada produk yang berasaskan simpanan. Hanya produk yang berasaskan pelaburan sahaja yang ada. Simpanan dan pelaburan adalah dua perkara yang berbeza.

Simpanan : Jumlah yang anda dapat adalah dijamin. Tiada risiko kerugian.

Pelaburan : Jumlah yang anda dapat adalah tidak dijamin. Mempunyai risiko kerugian.

Melainkan anda memang mengambil produk yang mempunyai manfaat cash back setiap tahun (bukan cash value).

Pembiayaan ASB tidak mengganggu DSR peminjam
Buat pembiayaan atau loan ASB tak ganggu pinjaman lain? Jawapannya adalah salah kerana pembiayaan atau pinjaman ASB akan tetap ganggu pinjaman lain.

Jika merancang untuk beli rumah, pinjaman ASB anda akan dikira sebagai satu komitmen dalam pengiraan DSR anda.

Namun, sesetengah bank akan mengambil dividen yang diterima selepas setahun sebagai satu pendapatan tambahan lain. Banyak kes apabila pihak bank memberitahu pelanggan perlu menutup pembiayaan ASB untuk pinjaman rumah atau kereta diluluskan. Terutama jika pembiayaan ASB tersebut kurang dari setahun.

Pelaburan hartanah tanpa modal
Pernah dengar mudahnya melabur hartanah tanpa modal? Tipu sama sekali. Tiada benda yang percuma dalam dunia ini. Anda masih perlu mengeluarkan modal untuk membayar kos-kos yang terlibat dalam pemilikan hartanah.

Anda mungkin menggunakan pelbagai jenis teknik dan strategi, tetapi masih perlu mengeluarkan kos untuk beli rumah. Antara kos terlibat adalah seperti deposit 10% (boleh dikurangkan), legal fee, insuran kebakaran, MLTT, valuation fee, dan lain-lain lagi.

Yang betul adalah pelaburan hartanah dengan modal yang rendah bukan tanpa modal.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post