4 sebab ramai yang tak suka dengan ejen takaful di Malaysia

Image result for insurance agent enjoy
Bila sebut je kerja sebagai ejen takaful, mesti ramai yang lari.

Kerja sebagai ejen takaful biasanya paling tidak digemari oleh orang ramai. Puncanya adalah kerana selalu mengganggu bakal pelanggan mereka.

Tetapi, terdapat satu keadaan apabila ejen takaful akan dicari dan disukai oleh pelanggan iaitu apabila masuk ke hospital dan dapat menggunakan kad perubatan sepenuhnya. Selain itu, individu atau penerima wang pampasan juga akan turut menyukai ejen takaful.

Berikut adalah 5 sebab orang ramai tak suka dengan ejen takaful.

Suka paksa-paksa

Ini yang paling tidak disukai oleh orang ramai. Kalau boleh, setiap saat mesti ejen takaful ni akan call dan mesej kita untuk follow up. 

Walaupun sudah diberitahu tidak berminat, tetapi masih lagi dipaksa untuk ambil pakej perlindungan dengan mereka.

Budak SPM je

Ejen takaful juga sering dipandang rendah kerana kebanyakan yang menyertai kerjaya ini hanya bermula dengan SPM sahaja.Senang cerita, kalau tak dapat kerja lain, jadilah ejen takaful.

Keadaan ini banyak berlaku ketika mula takaful atau insuran diperkenalkan di Malaysia. Hari ini, keadaan sudah berubah, ada juga ejen takaful yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi seperti diploma dan ijazah.

Lebih menarik lagi, kerjaya ejen takaful juga berjaya menarik individu ynng mempunyai latar belakang kerjaya yang besar seperti akauntan, pegawai bank, engineer dan ramai lagi. Pendapatan sebagai ejen komisyen kini dah setaraf dan lebih banyak dari kerjaya lain yang popular.

Baca : Cara-cara untuk mendaftar sebagai ejen takaful

Nak duit komisyen je

Ini yang paling selalu kita dengar. Baik ejen takaful atau syarikat takaful itu sendiri, bukan nak tolong pelanggan tapi hanya nak ambil duit pelanggan je.

Ejen takaful pula, lepas dapat duit komisyen terus diam.

Ejen takaful yang paling digemari oleh pelanggan adalah apabila mereka sering berhubung dengan pelanggan mereka. Mereka selesa dianggap sebagai 'kawan' berbanding 'ejen'.

Tunjuk kes kematian dan kesusahan orang lain

Setiap kali ada kes kematian atau masalah kos perubatan di surat khabar atau di Facebook, mesti mereka akan kongsikan dan tunjuk kepada orang ramai pentingnya takaful.

Walaupun niat mereka sebenarnya hanya untuk memberi kesedaran, tetapi masih ramai yang tidak boleh menerima.

Baca : Bagaimana ejen takaful merosakkan industri takaful itu sendiri

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post