4 kebaikan untuk rakyat Malaysia selepas Proton diambil alih oleh Geely

Baru-baru ini, sebuah syarikat terkenal dari China, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely) telah membeli 49.90% saham Proton Holdings Bhd.

Ramai individu yang telah mempertikaikan perjanjian tersebut tetapi terdapat juga individu yang menyokong perjanjian tersebut. 


Adakah perjanjian tersebut akan menaikkan nama serta jenama Proton di peringkat antarabangsa dan bagaimana perjanjian tersebut akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia?

Berikut adalah 4 kebaikan dan manfaat yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia hasil dari perjanjian tersebut.

1. Harga kereta turun

Salah satu usaha yang boleh dilakukan hasil daripada perjanjian tersebut adalah dengan menurunkan harga kereta kebangsaan bagi membolehkan kereta tersebut bersaing dengan kereta lain.

Namun, jika harga tidak dapat diturunkan, rakyat Malaysia juga boleh menikmati manfaat peningkatan kualiti dan teknologi kereta pengeluaran kereta setaraf dengan kereta import lain.

2. Tembus pasaran luar

Dengan bantuan dari sebuah syarikat yang besar di Asia, ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia melihat jenama proton digunakan di negara besar asia seperti China.

Selain itu, Malaysia juga boleh mengambil peluang sebagai salah satu negara free-trade ASEAN yang membenarkan kereta di eksport tanpa cukai ke negara-negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, Vietnam dan lain-lain lagi.

Semakin banyak negara menggunakan kenderaan jenama Proton, semakin tinggi 'nilai' kereta proton ini terhadap rakyat Malaysia.

Baca : Bagaimana untuk meningkatkan simpanan sehingga 10% setiap bulan tanpa sengaja

3. Transformasi

Sejak dari penubuhan Proton, kereta yang dikeluarkan sering kali mendapat maklum balas yang kurang baik dari penggunanya. Walaupun peningkatan sudah dilakukan, namun masih lagi tidak memberi kepuasan kepada penggunanya.

Melalui perjanjian ini, Proton mempunyai peluang untuk menggunakan pengalaman Geely yang telah berjaya mentransformasikan Volvo dalam tempoh kurang dari lima (5) tahun sahaja.

4. SUV

Salah satu kemahiran Geely melalui Volvo adalah pengeluaran kereta jenis SUV yang berjaya menarik perhatian ramai pengguna jalan raya.

Proton yang sebelum ini lebih dikenali dengan kereta jenis sedan, berpeluang untuk menembusi pasaran dan segmen baru iaitu kereta jenis SUV. Bagi rakyat Malaysia pula, mereka mempunyai lebih banyak pilihan kereta untuk kegunaan sendiri.

Baca : Kenapa geng 'travel bajet' pandai mengurus kewangan mereka dengan baik?

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post