Tambah pendapatan dengan buat duit 'geli-geli' tanpa perlu bekerja


Anda tak cukup masa untuk buat kerja sambilan tetapi ingin tambah pendapatan? Walaupun peluang untuk tambah pendapatan terlalu banyak, faktor kekurangan masa menjadi salah satu penghalang utama.

Namun, masih lagi ada cara untuk anda buat duit tambahan tanpa perlu bekerja sebenarnya. Caranya adalah dengan menjadi referral kepada ejen-ejen hartanah, takaful, unit trust dan lain-lain lagi.

Salah satu sebab kenapa cara ini sangat mudah adalah kerana faktor ‘percaya’. Rakan-rakan anda lebih percaya anda berbanding dari ejen yang menjual.

Langkah 1 : Kenali ejen-ejen yang boleh bagi anda referral fee atau komisyen

Terdapat ejen yang sudi berkongsi komisyen mereka dan terdapat juga yang tidak mahu berkongsi. Oleh itu, perlu tanya ejen-ejen yang boleh bekerjasama dengan anda.

Pastikan juga anda tahu jumlah komisyen yang bakal diterima untuk lebih kepastian.

Langkah 2 : Sebarkan kepada rakan anda

Seterusnya, anda hanya perlu beritahu rakan sepejabat, adik beradik, saudara mara dan sesiapa sahaja yang anda kenal berkenaan servis yang ditawarkan.

Ejen takaful

Setiap orang memerlukan pelan perlindungan atau takaful, jadi memang mudah untuk anda mendapat referral fee. Anda hanya perlu tanya sama ada mereka sudah ada pelan perlindungan atau masih tiada.

Perkenalkan kepada mereka dengan ejen takaful yang anda sudah kenal. Lebih mudah lagi jika anda dapat berurusan dengan orang penting syarikat yang boleh mengambil pelan perlindungan untuk staff mereka.

Ejen hartanah

Memiliki rumah merupakan impian setiap orang. Cuba tanya rakan kerja anda, adakah mereka sudah memiliki rumah atau belum.

Jika belum, tunjukkan kepada mereka senarai rumah yang dijual oleh rakan ejen hartanah anda sama ada mereka berminat atau tidak. Lebih banyak senarai rumah yang anda miliki, lebih mudah untuk anda jual.


Ejen Unit Trust

Setiap rakan anda yang bekerja mempunyai caruman KWSP adalah prospek anda untuk pelaburan unit trust. Nasihat mereka untuk laburkan sebahagian gaji mereka untuk dana persaraan dan juga pendidikan anak-anak mereka.

Mereka lebih yakin jika anda yang memberi tahu mereka berbanding jika ejen unit trust sendiri yang beritahu.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post