
Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Masih relevan?
Dulu kita sering diberitahu supaya menyimpan dengan banyak supaya dapat digunakan pada masa akan datang. Tetapi, jika simpanan terlalu 'over' atau banyak, anda akan menghadapi sedikit kerugian melainkan anda melaburkan sebahagian duit tersebut.
Kesan simpanan terlalu banyak
- Nilai duit berkurang kerana faktor inflasi
- Kadar keuntungan yang diterima dalam akaun simpanan terlalu rendah
- Tidak selari dengan kenaikan harga barang
Berapa perlu laburkan?
- Minimum 10% dari gaji anda
- Jika tiada komitmen, 30% dari gaji anda
- Mengikut jumlah yang anda inginkan ketika bersara
Mana nak labur?
- Unit Trust (pilih dana yang sesuai)
- Amanah Saham Bumiputera (ASB)
- Hartanah (perlukan modal deposit)
- Emas (secara fizikal)
Pastikan simpanan anda cukup untuk digunakan ketika waktu kecemasan dan memerlukan. Tetapi, pastikan juga simpanan anda tidak terusik jika anda menghadapi masalah kesihatan. Gunakan kad perubatan bagi memastikan simpanan anda tidak habis begitu sahaja.
Baca : 15 jenis tabung yang orang dewasa perlu ada
Baca : 15 jenis tabung yang orang dewasa perlu ada
Tags:
SIMPANAN