Isteri makan gaji, suami bekerja sendiri. Paling ideal.


Apabila isteri bekerja makan gaji dan suami pula bekerja sendiri, strategi ini nampak lebih sesuai dengan keadaan sekarang.

Mungkin ada yang merancang untuk suami dan isteri bekerja sendiri tetapi sebagai permulaan strategi ini lebih selamat. Cara ini kelihatan lebih melengkapi antara satu sama lain.

Berikut adalah beberapa sebab strategi tersebut sangat ideal.

Mengurangkan risiko bekerja sendiri

Risiko bekerja sendiri lebih tinggi berbanding risiko bekerja makan gaji. Risiko yang perlu dihadapi adalah seperti tiada atau kurang pendapatan pada bulan tersebut.

Apabila keadaan tersebut berlaku, pihak isteri yang bekerja makan gaji dapat membantu suami. Namun, ini bukanlah satu lesen kepada suami untuk sentiasa mengharap kepada isteri yang bekerja makan gaji. Sebaliknya, perlu bekerja lebih keras supaya perniagaan tersebut berjalan dengan lancar.

Selain itu, bekerja makan gaji juga mempunyai risikonya yang tersendiri iaitu dibuang kerja ketika ekonomi tidak menentu. Dalam kes ini pula, isteri mungkin tidak perlu risau jika dibuang kerja kerana masih boleh membantu suami yang masih bekerja sendiri.

Baca : Bagaimana hutang membantu meningkatkan pendapatan anda

Kewangan lebih stabil

Ramai yang tahu jika bekerja makan gaji dan mempunyai gaji yang tinggi, lebih mudah untuk beli rumah dan menambah aset. Dengan cara ini, isteri lebih mudah untuk mendapatkan rumah pertama untuk keluarga.

Manakala dalam perniagaan pula, jika berjaya dilakukan dan diurus dengan baik, perniagaan tersebut boleh memberikan pulangan serta pendapatan yang sangat lumayan setiap bulan.

Apabila suami bekerja sendiri dan isteri bekerja makan gaji, strategi ini melengkapi antara satu sama lain dan menstabilkan pengurusan kewangan keluarga.

Baca : Tambah pendapatan tanpa perlu dengan duit 'geli-geli' tanpa perlu bekerja

Keluarga lebih terjaga

Jika keluarga yang mempunyai ramai anak kecil, bekerja makan gaji mungkin mempunyai masalah masa yang sangat terhad. Oleh itu, anak kecil mereka terpaksa dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak atau rumah datuk dan nenek mereka.

Apabila salah seorang tidak terikat dengan majikan, pengurusan anak-anak lebih terjamin terutama dari segi menghantar mereka ke sekolah, memberi didikan di rumah dan yang paling penting adalah dapat menghabiskan masa yang berkualiti bersama anak-anak.


Urusan peribadi lain

Kebanyakan pejabat yang melibatkan urusan peribadi seperti bank, pejabat pos, pejabat kerajaan dan lain-lain hanya buka ketika waktu pejabat. Jika bekerja makan gaji, mungkin terpaksa mengambil cuti semasa-mata untuk menguruskan hal peribadi tersebut.

Berbeza pula jika salah seorang bekerja sendiri dan mempunyai masa yang sangat fleksibel. Segala urusan peribadi dapat diurus dengan baik ketika waktu pejabat masih dibuka.

Selain itu, cara ini juga dapat membantu pasangan dan anak-anak merancang untuk pergi melancong dengan lebih mudah. Hanya pihak isteri sahaja yang perlu membuat permohonan cuti dengan majikan. Manakala suami pula tidak perlu.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post