Hukum ASB : Mufti Selangor keluarkan fatwa harus


Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengesahkan hukum pelaburan ASB adalah harus melalui mesyuarat Jawatankuasa Negeri Selangor Kali ke 3/2017.

Pihak Mufti Selangor telah menghantar surat kepada pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertarikh 11 Mei 2017.

Hukum tersebut menjadi harus kerana peratusan pelaburan dalam syarikat yang patuh syariah telah meningkat kepada 66% mengikut garis panduan Suruhanjaya Sekuriti. Hukum harus ini berubah berdasarkan kaedah fiqhiyyah iaitu "Hukum berubah menurut perubahan Illah (sebab)".

Pada masa yang sama, Mufti Selangor juga menjelaskan bahawa PNB mestilah meneruskan usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan ASB tersebut menepati syarak sepenuhnya. Selain itu, hukum harus ini juga akan dikaji semula selepas tiga (3) tahun dan mestilah melebihi 75% patuh shariah.

Baca : Perbezaan keuntungan melalui simpanan ASB dan pembiayaan ASB

Jika anda masih ragu-ragu untuk melabur dalam ASB sebelum ini, kini anda boleh melabur dengan tenang. Buat masa ini, hanya negeri Pahang dan Pulau Pinang sahaja yang masih kekal dengan hukum haram.

Berikut adalah salinan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.



Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post