Bagaimana untuk meningkatkan simpanan sehingga 10% setiap bulan tanpa sengaja


Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai individu yang masih gagal membuat simpanan setiap bulan. Walaupun simpanan tersebut hanyalah berjumlah 10% dari pendapatan setiap bulan, tetapi masih membebankan.

Kami ingin kongsikan beberapa tip yang anda boleh cuba untuk meningkatkan simpanan anda sehingga 10% setiap bulan.

Ubah Gaya hidup

Gaya hidup hari ini memerlukan kos yang tinggi seperti minum kopi yang mahal, smartphone yang mahal, kereta mewah dan lain-lain lagi. Semua aktiviti tersebut adalah satu kehendak peribadi dan bukannya satu keperluan.

Ubah gaya hidup bukan bermakna anda perlu turunkan gaya hidup anda selama-lamanya. Tetapi, merancang untuk mendapatkan gaya hidup yang lebih baik pada masa hadapan.

Bagaimana untuk mengubah gaya hidup? Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan membuang rasa malu dan memilih rakan yang betul serta dapat membantu anda.

Kebanyakan gaya hidup yang fokus kepada kehendak melibatkan perbelanjaan yang melebihi 50% – 70% dari perkara kehendak. Contoh mudah adalah harga kopi biasa yang boleh didapati pada harga RM2.00 – RM3.00 tetapi kopi yang mahal mencecah sehingga RM7.00 – RM12.00.

Voucher / diskaun / promosi

Walaupun voucher tersebut hanya menawarkan penjimatan yang rendah sehingga RM2.00 hingga RM5.00, tetapi cukup untuk membantu meningkatkan simpanan anda. Penjimatan yang kecil ini adalah perkara yang membantu kita tanpa kita sedar.

Tetapi, pastikan anda tidak terpengaruh dengan diskaun untuk sesuatu barang yang anda tidak perlukan. Fokus kepada harga barang yang menjadi keperluan dan mempunyai diskaun sahaja.

Kebanyakan barang diskaun yang dijual adalah kerana barang tersebut tidak mempunyai permintaan yang tinggi atau pasaraya tersebut mahu menghabiskan stok sedia ada.


Paksa diri

Selagi belum kena paksa, selagi itu tiada simpanan.

Mungkin ini langkah terakhir yang anda boleh cuba jika anda rasakan membuat simpanan itu sangat susah.  Salah satu cara untuk memaksa diri membuat simpanan adalah dengan membuat potongan secara automatik dari gaji setiap bulan.

Contohnya adalah seperti berikut:

1. Potongan setiap bulan untuk akaun Tabung Haji
2. Potongan setiap bulan untuk pembiayaan ASB
3. Potongan setiap bulan untuk akaun unit trust

Potongan tersebut boleh dilakukan pada hari anda terima gaji. Ini bagi memastikan gaji anda tidak sempat digunakan untuk perkara yang tidak penting.

Baca : Tambah pendapatan dengan buat duit geli-geli tanpa perlu bekerja

Tambah pendapatan    

Jika anda dapat mengumpul pendapatan tambahan RM10 sehari, ini bermakna anda sudah boleh mengumpul RM300 setiap bulan.

Jumlah RM300 ini sudah cukup untuk dijadikan sebagai tambahan simpanan anda.

Bagaimana nak tambah RM10 setiap hari?
1. Uber / grab car
2. Ambil upah sebagai runner
3. Dropship (sehari jual satu produk)

Dan banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan untuk dapatkan RM10 sehari. Jangan memandang rendah jumlah wang yang kecil kerana apabila terkumpul, wang tersebut akan menjadi jumlah yang besar.

Baca : 7 makanan jimat orang bujang yang popular

Masak di rumah

Jika tersalah beli barang untuk memasak, kos masak sendiri di rumah menjadi lebih mahal berbanding makan di luar. Oleh sebab itu, anda perlu merancang sebaiknya apabila ingin masak di rumah.

Contohnya, jika anda ingin beli barang mentah dan bahan masakan untuk satu minggu, pastikan jumlah kos yang dikeluarkan adalah tidak melebihi dari kos perbelanjaan seminggu makan di luar.

Jika kos masak sendiri melebihi kos makan di luar, anda tidak akan berjaya meningkatkan simpanan anda.

Pada masa yang sama, anda juga boleh berkongsi dan bergilir-gilir untuk masak dengan rakan sekerja anda. Ini bermakna, anda bukan sahaja boleh jimat cermat untuk diri sendiri tetapi untuk rakan anda juga.

Comments

  1. www.pemanduuber.net

    ReplyDelete
  2. Berpuasa sunat selalu: badan sihat, jimat belanja makan & semestinya dapat pahala

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)