
Ramai yang percaya hutang akan menyebabkan pendapatan mereka semakin berkurang. Jika diurus dengan baik, hutang tersebut boleh beri manfaat kepada peminjam. Tetapi, jika gagal diurus dengan baik, hutang tersebut akan membebankan peminjam.
Kebanyakan orang kaya pada hari ini menggunakan fasiliti
bank seperti pinjaman dan pembiayaan dengan baik untuk meningkatkan lagi
kekayaan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh lakukan serta
mendapat manfaat dari fasiliti hutang.
Beli kereta untuk
sewa
Kereta kini bukan sahaja digunakan untuk pergi ke satu
tempat atau destinasi sahaja. Kereta yang dibeli juga boleh dijadikan sebagai
satu perniagaan iaitu kereta sewa yang mampu memberi keuntungan yang banyak
jika dilakukan dengan betul.
Permintaan untuk kereta sewa bergantung kepada lokasi dan
antara yang mendapat permintaan tinggi adalah kawasan yang mempunyai universiti
atau kolej.
Selain itu, anda juga boleh gunakan kereta anda dan
mengambil upah sebagai pemandu Uber atau Grab Car. Jika kos ansuran bulanan, maintenance, insuran dan cukai jalan
adalah RM1,000, pastikan anda memperoleh keuntungan melebihi dari kos tersebut.
Pelaburan
Antara contoh pelaburan yang memerlukan anda menggunakan
fasiliti pinjaman atau pembiayaan adalah hartanah dan ASB.
Untuk pelaburan hartanah, kelayakan pinjaman dari pihak bank
sangat penting bagi membolehkan anda mendapat keuntungan dari pelaburan
hartanah ini. Salah satu keunikan pelaburan hartanah adalah bayaran ansuran
bulanan dibayar oleh penyewa rumah tersebut.
Hutang tersebut tidak mengganggu pendapatan anda dan pada
masa yang sama anda juga boleh mendapat pendapatan tambahan.
Manakala pembiayaan ASB yang kini semakin popular memberi
peluang kepada pelabur untuk mendapat keuntungan lebih tinggi berbanding
menyimpan seperti biasa. Apabila menggunakan fasiliti pembiayaan, dividen yang
diterima adalah lebih tinggi kerana jumlah prinsipalnya yang lebih tinggi.
Perniagaan
Pinjaman perniagaan seharusnya digunakan untuk mengembangkan
perniagaan dan tidak sesuai untuk memulakan perniagaan. Tetapi jika anda
mempunyai pengalaman yang banyak, hutang untuk berniaga mungkin tidak mempunyai
masalah bagi anda.
Jika anda sudah mempunyai perniagaan sendiri tetapi masih
lagi kecil, anda boleh menggunakan pembiayaan dan pinjaman yang disediakan oleh
pihak bank atau institusi kewangan. Gunakan wang pinjaman tersebut untuk
mengembangkan lagi perniagaan supaya mendapat keuntungan yang lebih banyak.
Tags:
PENDAPATAN