Waktu bujang atau ketika masih belajar, makanan-makanan yang murah serta menjimatkan menjadi pilihan ramai.
Jika anda terdesak untuk membuat simpanan untuk mengumpul deposit rumah, inilah makanan yang mungkin menjadi pilihan anda. Cukup sekadar mengisi perut, yang penting tidak banyak kos yang perlu dikeluarkan.
Kami kongsikan beberapa jenis makanan yang menjimatkan seperti berikut:

Mi segera
Lebih dikenali dan popular sebagai maggie (nama brand). Bukan sahaja murah, malah mengenyangkan dan mudah untuk disediakan. Mi segera kini masih lagi menjadi pilihan orang ramai.
Harga : RM1.00 - RM2.00 sekali makan (buat sendiri)

Nasi Bujang
Nasi bujang hanya ada nasi putih, telur dadar, timun, sup dan sambal belacan. Jika anda memang individu yang perlu makan nasi, nasi bujang adalah pilihan yang terbaik.
Harga : RM2.00 - RM3.00

Nasi Lemak
Biasanya, nasi lemak hanya dimakan pada waktu pagi ketika bersarapan sahaja. Untuk lebih jimat, anda boleh beli nasi lemak dan dimakan ketika waktu tengahari.
Harga : RM1.50 - RM2.00

Roti Canai
Jika anda memang gemar lepak di kedai mamak, roti canai mungkin menjadi pilihan untuk utama untuk lebih jimat.
Harga : RM1.50 - RM2.00
Baca : 9 cara mudah orang lelaki kumpul duit hantaran RM20,000

Roti + kaya
Salah satu makanan popular orang bujang adalah roti letak kaya. Roti ini cukup sekadar memastikan anda tidak kelaparan ketika di rumah.
Harga : RM2.00 - RM3.00 (buat sendiri)

Nasi + Sardin + telur
Jika anda ingin dapatkan lebih banyak penjimatan, anda boleh masak sendiri di rumah dengan lauk yang simple iaitu sardin dan telur.
Harga : RM4.00 - RM5.00
Biskut kering + air panas
Waktu malam jika anda kelaparan, anad boleh cuba makan biskut kering dan cicah air panas seperti milo dan teh. Makanan yang mudah ini juga cukup untuk memastikan anda tidak kelaparan.
Harga : RM2.00 - RM3.00
Macam mana nak berjimat dengan makanan di atas?
Anda boleh cuba untuk campurkan makanan di atas mengikut selera anda seperti berikut:
Pagi : Roti Canai
Tengahari : Nasi Lemak
Malam : Biskut kering + air panas
atau
Pagi : Roti + Kaya
Tengahari : Nasi Bujang
Malam : Mi segera
Anda boleh buat sendiri menu untuk anda dan jumlah yang perlu anda keluarkan adalah tidak lebih dari RM10 sehari.
Baca : Pendapatan kedua kini bukan satu pilihan lagi
Tags:
TIP JIMAT