5 persediaan kewangan yang anda perlu lakukan sebelum berhenti makan gaji dan bekerja sendiri



Image result for self employed

Ramai individu yang mempunyai rancangan untuk berhenti kerja makan gaji dan ingin bekerja sendiri. Bekerja sendiri dapat memberi kepuasan kepada individu tersebut dari segi keuntungan, masa dan lain-lain lagi.

Namun, terdapat kes yang pernah berlaku apabila individu yang berhenti kerja untuk berniaga akhirnya gagal dalam perniagaan. Antara faktor utama kegagalan adalah persediaan kewangan yang tidak kukuh.

Berikut adalah persediaan kewangan yang perlu dilakukan sebelum anda berhenti kerja makan gaji dan mula berniaga sendiri.

Simpanan 

Dalam perniagaan, keuntungan dan kerugian adalah sesuatu yang sudah dijangka. Jika dapat keuntungan, itu adalah sesuatu yang baik. Tetapi, anda juga perlu bersedia untuk menghadapi kerugian dan tidak menerima sebarang keuntungan.

Tiada keuntungan, tiada gaji. Oleh sebab itu, simpanan sangat penting untuk anda sediakan sebelum berhenti kerja makan gaji. Sediakan simpanan sebagai gaji kecemasan anda sehingga enam (6) bulan perbelanjaan.

Bergantung juga kepada jenis perniagaan yang anda jalankan. Lebih banyak simpanan, lebih baik.


Pendapatan pasif

Selain itu, anda juga perlu mencari pendapatan tambahan atau pasif lain seperti sewa rumah, dividen dan lain-lain lagi sebagai persediaan kewangan anda.

Ini bagi memastikan anda tidak terbeban jika berlaku masalah dalam perniagaan anda. Bagi individu yang mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak, pendapatan pasif ini juga bagi memastikan mereka tidak menanggung sepenuhnya beban dan masalah perniagaan anda.

Pastikan pendapatan pasif anda mampu untuk menanggung hutang-hutang sedia ada.

Perniagaan semasa

Sebelum anda berhenti kerja dan mulakan perniagaan, pastikan anda sudah tahu dan sedang jalankan perniagaan tersebut.

Jangan berhenti kerja dan mulakan perniagaan yang anda tidak pernah jalankan. Jika anda sudah tahu untuk membuat duit dengan perniagaan tersebut, ini tidak akan menjadi masalah. Anda lebih tahu keuntungan yang bakal diperoleh setiap bulan.

Baca : Persediaan mental sebelum berhenti makan gaji

Aset dan pelaburan

Individu yang bekerja makan gaji dan mempunyai penyata gaji lebih mudah untuk beli rumah sebagai aset. Oleh itu, gunakan sepenuhnya penyata gaji anda untuk dapatkan rumah sebagai aset dan juga pelaburan.

Rumah juga boleh dijadikan sebagai aset, tempat tinggal dan juga pelaburan anda. Jika bekerja sendiri, anda memerlukan tempoh masa yang lebih lama untuk beli rumah melainkan perniagaan anda mampu memberi keuntungan yang banyak pada tahun pertama.

Selain itu, buat juga pelaburan yang berisiko sederhana dan untuk jangka masa panjang seperti pelaburan unit trust atau ASB.

Tiada hutang

Jangan berhenti kerja ketika anda masih banyak hutang jahat yang perlu dibayar menggunakan gaji anda.

Hutang-hutang tersebut hanya akan membebankan anda semasa menjalankan perniagaan sendiri. Ini juga merupakan satu faktor utama yang menyebabkan perniagaan anda terganggu.

Baca : 3 kesilapan universiti yang menyebabkan ramai graduan hampir muflis

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post