Umur 20 : Cabaran kewangan anak muda menjadi mangsa 'idea' pelaburan


Umur 20 tahun tak perlu fikir tentang kewangan? Jika ya, itulah kesilapan besar yang sedang dilakukan oleh kebanyakan anak muda.

Semakin muda atau awal anda menguruskan kewangan anda dengan baik, semakin banyak pengalaman dan keuntungan yang boleh anda dapat. 

Berikut adalah beberapa cabaran yang bakal dihadapi oleh anak muda jika mahu mengurus kewangan ketika berusia 20 tahun.

Kurang ilmu pengetahuan

Anda ada segulung ijazah dari universiti terbaik? Itu bukan bermakna anda boleh survive dalam dunia realiti ini. 

Ramai golongan berpendidikan tinggi turut menjadi mangsa skim cepat kaya dan ini menunjukkan bahawa semua orang yang berpendidikan tinggi juga turut berisiko untuk ditipu oleh golongan skim cepat kaya.

Kebanyakan ilmu pengurusan kewangan yang praktikal hanya boleh belajar selepas tamat universiti. Tugas anda sebagai golongan muda adalah untuk menambah ilmu kewangan supaya pengurusan kewangan anda menjadi lebih baik.

Cabaran seterusnya adalah supaya menurunkan ego anda dan teruskan belajar dari orang lain yang lebih mahir. Ilmu-ilmu kewangan dan pelaburan ini akan membantu anda pada masa akan datang.

Dalam pengurusan kewangan, terdapat banyak cara dan idea untuk anda menguruskan kewangan anda. Pilihan yang banyak ini juga menjadi sebab anak muda lebih sukar untuk membuat pilihan.


Menjadi pilihan salesman

Salah satu punca Ramai golongan muda terjerat dengan pelbagai jenis hutang adalah kerana mereka menjadi golongan sasaran salesman bagi beberapa produk pinjaman dan kewangan.

Mula sahaja kerja, golongan muda ini akan dikejar dengan kad kredit, pinjaman perumahan , pinjaman kereta dan banyak lagi. Tanpa ilmu yang betul, jumlah hutang terkumpul tersebut boleh melebihi dari pendapatan semasa.

Anak muda yang berjaya melawan semua cabaran dari salesman ini mempunyai masa depan yang cerah. Lebih membahayakan lagi apabila terdapat individu berpengaruh dan juga seorang salesman, berjaya mempengaruhi kewangan anda semasa-mata untuk jualan sahaja.


Tiada matlamat kewangan

Kenapa simpan duit setiap bulan?
Bila nak beli rumah pertama?
Apa jenis pelaburan pertama yang anda perlu lakukan?

Jika anda boleh jawab semua soalan diatas dengan baik, anda sudah mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Tetapi jika anda tidak boleh jawab soalan tersebut, ini menunjukkan anda memerlukan matlamat kewangan yang jelas untuk jangka masa panjang.

Tanpa matlamat kewangan ini, mereka sendiri tiada arah tuju dalam pengurusan kewangan dan juga sering membuat keputusan yang kurang tepat. Kesannya, hutang mula meningkat dan simpanan mula berkurang.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)