Nama anda dihalang ke luar negara kerana tak bayar PTPTN? Lakukan cara ini untuk bersihkan semula nama anda


Ramai peminjam PTPTN yang gagal untuk membuat bayaran semula telah dihalang oleh pihak imigresen untuk keluar negara.

Terdapat juga individu yang tidak tahu yang sebenarnya mereka telah disenarai hitam oleh pihak imigresen untuk keluar negara. Mereka hanya mengetahui status perjalanan ini di lapangan terbang sebelum berlepas ke luar negara.

Sebelum anda merancang untuk melancong ke luar negara, semak dahulu status anda di sini


Masukkan nombor kad pengenalan anda, kemudian tekan butang 'SEMAK'. Jika status anda adalah 'Tiada halangan', ini bermakna anda boleh ke luar negara tanpa sebarang sekatan.
Tetapi, bagaimana pula jika status anda keluar seperti di bawah?
Ini bermakna anda telah disekat ke luar negara.

Untuk bersihkan semula nama anda, berikut adalah cara-caranya:

1. Pergi ke cawangan PTPTN yang berhampiran dan jumpa dengan pegawai bertugas untuk lakukan pembayaran keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan.

2. Jika jumlah tersebut terlalu besar, anda boleh berunding dengan pegawai PTPTN tersebut untuk membuat bayaran mengikut kemampuan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

3. Anda juga boleh mohon untuk buat penstrukturan semula pinjaman anda supaya ansuran bulanan serta tempoh pinjaman lebih teratur.

4. Jika anda sudah berada di lapangan terbang KLIA 2 dan dihalang untuk ke luar negara, anda boleh pergi terus ke kaunter PTPTN yang telah dibuka disana. Kaunter PTPTN ini dibuka 24 jam setiap hari.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post