Kadar nilai mas kahwin mengikut negeri-negeri di Malaysia

Image result for wedding ring on hand

Setiap lelaki yang ingin bernikah perlu menyediakan mas kahwin kepada wanita. Mas kahwin tersebut akan menjadi hak tetap wanita dan juga merupakan satu tanggungjawab suami terhadap isteri.

Di Malaysia, setiap negeri mempunyai  mas kahwin yang berbeza mengikut seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Berikut adalah nilai mas kahwin mengikut negeri.

BUJANG

Negeri
RM
Johor
22.50
Melaka
40.00
Negeri Sembilan
24.00
Selangor
300.00
Kuala Lumpur
80.00
Perak
101.00
Pulau Pinang
24.00
Kedah
Tiada Ketetapan
Perlis
Tiada Ketetapan
Pahang
22.50
Terengganu
Tiada Ketetapan
Kelantan
Tiada Ketetapan
Sabah
100.00
Sarawak
120.00
Labuan
80.00


JANDA

Negeri
RM
Johor
22.50
Melaka
40.00
Negeri Sembilan
12.00
Selangor
300.00
Kuala Lumpur
40.00
Perak
101.00
Pulau Pinang
24.00
Kedah
Tiada Ketetapan
Perlis
Tiada Ketetapan
Pahang
22.50
Terengganu
Tiada Ketetapan
Kelantan
Tiada Ketetapan
Sabah
80.00
Sarawak
120.00
Labuan
80.00
Nilai mas kahwin diatas mungkin akan berubah mengikut ketetapan dari Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina."

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, huraian Hadith adalah seperti berikut:

1. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
2. Mas kahwin merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya setelah berlaku akad nikah di mana nilai mas kahwin adalah berbeza mengikut negeri.
3. Rasulullah pernah bersabda bahawa salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Comments

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)