Cara paling mudah untuk tahu sama ada gaji anda cukup atau tidak

Image result for enough?

Anda berpuas hati dengan gaji yang diterima? Cuba semak semula gaji anda dan lihat sama ada gaji tersebut sebenarnya cukup atau tidak.

Ramai juga individu yang percaya gaji yang mereka terima sebenarnya masih tidak cukup dan mengambil inisiatif untuk tambah pendapatan.


Berikut adalah beberapa cara untuk tahu sama ada gaji anda cukup atau tidak.

#1 Jumlah simpanan

Gaji yang diterima bukan sahaja perlu digunakan untuk perbelanjaan harian anda tetapi juga perlu disimpan. Sebahagian gaji pada hari ini perlu diasingkan untuk kegunaan pada masa akan datang atau ketika waktu kecemasan.

Adakah dengan gaji yang diterima setiap bulan masih cukup untuk lakukan simpanan? Jika jawapan anda adalah 'YA', gaji anda sudah mencukupi. Tetapi jika anda gagal membuat simpanan dengan gaji anda sekarang, ini menunjukkan gaji anda sebenarnya tidak mencukupi.

#2 Terpaksa meminjam

Pernah tak anda ingin beli sesuatu tetapi terpaksa meminjam duit orang lain? Jika keadaan seperti ini berlaku, gaji anda memang tidak cukup.
"Jangan biasakan diri anda dengan sikap suka meminjam"
Kes seperti ini biasanya berlaku kepada individu yang sudah mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang tinggi seperti keluarga dan hutang.

Baca : 14 movie yang bakal beri anda inspirasi dan motivasi

#3 Tiada duit untuk ibu bapa

Berapa banyak anda mampu beri kepada ibu bapa anda setiap bulan? Jumlah tersebut juga akan menentukan sama ada gaji anda cukup atau tidak.

Jika masih gagal untuk beri kepada mereka setiap bulan, ini menunjukkan gaji anda tidak cukup dan pengurusan kewangan peribadi anda mungkin sedang mengalami masalah.

#4 Gagal tambah aset

Sudah kerja lima (5) tahun tapi masih sukar beli rumah? Hanya ada dua sebab utama sahaja iaitu:

1. Tiada simpanan untuk deposit rumah
2. Komitmen atau hutang sedia ada sudah tinggi.

Dua punca utama di atas juga menunjukkan gaji semasa anda adalah rendah dan tidak selari dengan perbelanjaan serta hutang semasa.

#5 Gagal tambah perlindungan

Salah satu elemen penting yang sering dilupakan adalah perlindungan diri. Kegagalan mendapakan pelan perlindungan menunjukkan gaji semasa masih lagi rendah.

Tujuan perlindungan adalah untuk melindungi semua pendapatan, simpanan dan juga aset anda. Kegagalan mendapatkan perlindungan ini akan menyebabkan anda hidup dalam keadaan yang berisiko tinggi.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post