8 ciri-ciri wanita ‘Bijak Kewangan’ yang orang lelaki patut cari


Wanita yang bijak kewangan lebih menarik perhatian orang lelaki berbanding wanita yang lain. Mereka ini kelihatan seperti mempunyai masa depan yang cerah tanpa masalah kewangan yang membebankan.

Berikut adalah ciri-ciri yang ada pada wanita ‘bijak kewangan’ ini.

Mempunyai simpanan kecemasan

Wanita yang bijak biasanya tahu akan kepentingan mempunyai simpanan kecemasan tanpa perlu dipaksa. Wanita seperti ini lebih peka terhadap perkara yang tidak dijangka dan sentiasa menyediakan dana kecemasan sendiri.

Selain itu, mereka lebih mahir dalam memilih akaun simpanan yang terbaik untuk mereka letakkan simpanan mereka. Walaupun sekadar simpanan, mereka tetap mahukan keuntungan dari simpanan mereka.

Selain itu, mereka juga tidak menyimpan dengan jumlah yang terlalu banyak, kerana tahu akan kerugian tersebut.

Hutang yang terurus

Memiliki hutang adalah tidak salah melainkan hutang tersebut membebankan diri sendiri. Jika seorang wanita mempunyai jumlah hutang yang terurus dan tidak membebankan, ini menunjukkan mereka adalah golongan yang bijak kewangan.

Sukar bagi wanita untuk menjadi golongan bijak kewangan ini kerana nafsu pemilikan hutang dan harta benda mereka adalah sangat tinggi berbanding dengan lelaki.

Tetapi,  jika mereka berjaya mengawal nafsu tersebut dengan baik, mereka akan menjadi golongan yang sangat bijak kewangan berbanding lelaki.

Pelaburan kecil dan besar

Dalam negara kita sendiri mempunyai pelbagai instrumen pelaburan yang boleh di sertai sama ada pelaburan kecil atau besar.

Antara pelaburan kecil yang wanita bijak kewangan sering lakukan adalah seperti pelaburan ASB, unit trust, beli saham dan lain-lain lagi.

Kebanyakan wanita mempunyai perasaan takut untuk menyertai pelaburan yang besar seperti pelaburan hartanah. Perasaan takut tersebut adalah kerana jumlah pinjaman yang mereka terpaksa tanggung sangat tinggi.

Namun, wanita yang mempunyai banyak ilmu kewangan dan pelaburan berjaya mengatasi perasaan takut tersebut.

Buku kewangan bukan novel

Wanita bijak kewangan lebih suka membaca buku berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan berbanding novel yang melalaikan. Bagi mereka, ilmu pengetahuan tersebut yang akan membezakan mereka dengan wanita-wanita lain di luar sana.
Hadir seminar bukan wayang

Pada hari ini, kebanyakan peserta yang hadir ke seminar kewangan dan pelaburan adalah golongan lelaki. Hanya segelintir sahaja golongan wanita yang hadir ke seminar tersebut. Mungkin kerana mereka menganggap golongan wanita tidak sesuai dengan pelaburan.

Kebanyakan wanita yang hadir ke seminar pengurusan kewangan dan pelaburan adalah lebih yakin terhadap pelaburan. Mereka juga tidak terlibat dengan pelaburan yang tidak sah atau skim cepat kaya.

Relationship goal yang baik

Apabila bercakap berkenaan relationship goal, wanita biasanya hanya akan bercakap berkenaan perkara-perkara yang indah-indah sahaja.

Bagi wanita bijak kewangan pula, mereka lebih gemar untuk membuat rancangan kewangan untuk masa hadapan. Selain itu, mereka juga lebih gemar untuk berbincang dengan pasangan mereka berkenaan pengurusan kewangan dan pelaburan yang baik.

Mempunyai perlindungan diri

Ramai wanita zaman sekarang lebih gemar untuk menjadi diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Golongan yang dahulunya dikenali dengan golongan lemah kini cuba untuk membuktikan kekuatan mereka.

Salah satu perkara yang mereka lakukan adalah dengan membuat simpanan sendiri, membuat pelaburan untuk masa hadapan dan yang paling penting membuat perlindungan dari masalah kesihatan.

Jika dahulu tugas ketua keluarga ditanggung oleh lelaki, kini golongan wanita juga turut membantu dalam menguruskan keluarga.

Emas, emas dan emas

Jika diberi peluang untuk pilih hadiah, mereka lebih gemar emas. Walaupun emas tersebut hanya sekadar perhiasan, namun tetap memiliki satu nilai pelaburan yang tinggi.

Dengan hanya 1 gram setiap bulan, itu sudah menjadikan mereka golongan yang bijak kewangan. Baca artikel ini 'Bagaimana simpanan emas membantu pengurusan kewangan anda'


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post