4 sebab kenapa lelaki perlu belajar memasak [Dari Sudut Kewangan]


Anda rasa kerja memasak ini untuk wanita sahaja? Mungkin tidak sesuai lagi pada hari ini.

Jika golongan wanita terutamanya isteri kini bekerja untuk membantu suami, sama juga seperti golongan lelaki yang perlu memasak untuk membantu wanita.

Berikut adalah antara beberapa kelebihan jika golongan lelaki belajar untuk memasak.

Bekal kerja

Jika anda memasak, bukan sahaja boleh bawa bekal makanan ke pejabat. Tetapi, boleh juga pilih makanan yang lebih sihat.

Banyak penjimatan yang anda boleh lakukan jika bawa bekal dari rumah. Kos makan seharian di pejabat boleh mencecah sehingga RM20 sehari termasuk sarapan pagi dan makan tengahari. Ini tidak termasuk jika makan di restoran yang lebih mahal.

Secara purata, anda boleh mendapatkan penjimatan sehingga 50% jika bawa bekal dari rumah berbanding makan di luar.

Baca : Tip jimat ketika anda pergi melancong

Untuk anak-anak

Selain bawa bekal ke pejabat, anda juga boleh menyediakan makanan yang lebih sihat untuk anak-anak bawa ke sekolah.

Golongan isteri mungkin terlalu sibuk untuk mengemas rumah, sediakan pakaian dan buat perkara lain. Anda sebagai suami turut boleh membantu dari sudut penyediaan makanan.

Kualiti makanan juga lebih terjamin. Selain itu, bawa bekal ke sekolah juga merupakan salah satu cara untuk mendidik anak-anak supaya lebih berjimat cermat.

Walaupun tidak beri duit belanja kepada anak-anak, anda masih perlu simpan duit tersebut dan beli hadiah kepada anak-anak anda. Ini supaya anak-anak anda faham betapa pentingnya berjimat cermat dan mempunyai simpanan.

Kecemasan

Apabila isteri tiada dirumah, kebanyakan suami akan keluar makan di luar. Oleh sebab itu, apabila anda tahu masak sendiri, anda tidak perlu keluar untuk pergi makan.

Keluar makan bukan sahaja melibatkan kos di kedai makan tetapi juga kos kenderaan untuk pergi ke restoran atau kedai makan tersebut.

Kes kecemasan biasanya terjadi apabila isteri sakit atau masuk ke hospital.

Perniagaan

Jangan terkejut jika kebanyakan tukang masak yang hebat adalah dari golongan lelaki.

Jika anda sudah mahir dan mempunyai minat, anda boleh jadikan aktiviti tersebut sebagai satu perniagaan walaupun sekadar separuh masa sahaja.

Ini bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan tetapi juga meningkatkan pendapatan. Apabila pendapatan meningkat, anda juga berpeluang untuk meningkatkan lagi simpanan, pelaburan dan juga aset.

2 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post