Takaful juga boleh jadi satu ‘pelaburan’ dengan syarat-syarat berikut


Ramai yang tahu bahawa takaful itu berfungsi sebagai perlindungan kepada diri sendiri. Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat ramai yang jadikan takaful sebagai satu alat ‘pelaburan’.

Produk takaful juga sekarang sudah datang dengan manfaat tambahan iaitu akaun pelaburan. Akaun pelaburan dalam takaful adalah perkara yang sah kerana produk tersebut mesti mendapat kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM).


Apabila produk tersebut mendapat kebenaran dari BNM, tiada masalah jika anda ambil produk takaful berserta akaun pelaburan. Ramai ‘pakar kewangan’ mula memberi nasihat supaya orang ramai mengelak takaful yang mempunyai manfaat tambahan akaun pelaburan.

Mereka menganggap manfaat akaun pelaburan dalam takaful adalah satu kerugian.

Adakah anda sebenarnya perlu mengelak takaful dengan manfaat akaun pelaburan? Berikut adalah beberapa isi penting untuk anda fahamkan terlebih dahulu.

Fungsi pelaburan dalam takaful

Selain beri nilai kepada pencarum seperti yang sering disebut sebagai ‘akaun simpanan’, fungsi akaun pelaburan dalam takaful juga adalah seperti berikut:

Secara umumnya, jika berlaku kenaikan kos perubatan, pihak syarikat takaful mempunyai hak untuk meningkatkan premium takaful anda. Tetapi, dengan akaun pelaburan tersebut, dapat membantu memastikan premium anda tidak berubah.

Selain itu, jika anda ambil kad perubatan tanpa akaun pelaburan, premium takaful anda akan semakin meningkat. Ramai yang ambil atas faktor ‘murah’ tetapi perlu ingat apabila kita semakin berusia, premium tersebut semakin meningkat.

Baca : 5 sebab rakyat Malaysia masih gagal dapatkan pelan perlindungan

Berbeza pula dengan dengan kad perubatan yang datang dengan akaun pelaburan dimana tiada kenaikan premium.

Selain itu, jika anda menghadapi masalah kewangan selepas beberapa tahun mencarum takaful, anda boleh gunakan akaun pelaburan tersebut untuk membayar caruman takaful anda. Ini bagi memastikan takaful anda tidak terbatal.

Produk khusus
Dalam pasaran, terdapat banyak produk takaful atau pelan perlindungan yang anda boleh pilih. Setiap produk mempunyai fungsi yang sedikit berbeza mengikut kesesuaian individu tersebut.

Adakah produk khusus takaful untuk pelaburan? Jawapannya adalah ada. Anda boleh semak beberapa produk takaful yang juga dikenali sebagai Investment Linked Product dan ini adalah produk yang dibenarkan oleh BNM.

Namun, nilai pelaburan tersebut akan semakin berkurang jika anda menambah manfaat rider takaful lain yang lebih banyak. Sebab itu produk yang sesuai untuk pelaburan adalah produk khusus yang berkait rapat dengan takaful nyawa sahaja.

Pelaburan nyawa

Apa definisi pelaburan bagi anda? Terdapat dua jenis ‘pelaburan’ dalam hidup ini yang anda perlu tahu iaitu: 
  1. Pelaburan duit
  2. Pelaburan hidup
Pelaburan duit adalah semua jenis pelaburan yang mendatangkan keuntungan dalam bentuk duit seperti pelaburan saham, unit amanah, hartanah dan lain-lain lagi. Manakala pelaburan hidup pula adalah berbentuk selain dari duit seperti kebebasan masa, ketenangan, kebahagian dan lain-lain lagi.

Contoh adalah seperti berikut:

Pelaburan duit : Anda melabur RM100,000 hari ini dan terima keuntungan RM500,000 selepas 5 tahun.

Pelaburan hidup : Anda melabur RM100,000 hari ini dan hanya terima modal RM100,000 semula serta ketenangan hidup selepas 5 tahun.

Takaful adalah satu produk pelaburan hidup yang paling tinggi ‘nilai’nya. Anda laburkan sejumlah duit anda, kemudian anda tidak perlu risau tentang masalah kewangan jika sesuatu berlaku terhadap diri anda.

Anda sebagai pengguna perlu lebih bijak untuk asingkan ‘pelaburan duit’ dan ‘pelaburan nyawa’. Setiap darinya mempunyai fungsi yang berbeza.

Comments

  1. Ada la sorang tu acah2 pakar kewangan dok kondem takaful yg ada pelaburan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tu? Yang tahu, menentang misleading or misselling. Maksudnya adanya simpanan/pelaburan seolah itu matlamat takaful. Pelaburan dlm takaful lebih kepada sustainability polisi

      Delete
  2. Replies
    1. Produk Takaful investment link

      wasap.my/60132063306

      Aishah Zainal
      Konsultan Kewangan

      Delete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)