Seminar Asas Pelaburan Hartanah : 5 perkara yang anda akan belajar


Sebelum anda bermula dalam pelaburan hartanah, anda boleh menghadiri beberapa kelas atau seminar hartanah untuk tambah ilmu pengetahuan dahulu. 

Ilmu pengetahuan ini bagi mengelakkan masalah melakukan kesilapan terutama ketika melakukan pembelian rumah pertama. 

Untuk seminar Asas Pelaburan Hartanah kali kedua ini, anda akan belajar berkenaan perkara-perkara berikut:

Pemilihan lokasi

Adakah melabur dalam kawasan Lembah Klang akan menjanjikan keuntungan? Dan adakah melabur kawasan luar dari Lembah Klang tidak menguntungkan?

Ini antara perkara yang anda akan belajar. Sebelum melabur, anda perlu tahu kriteria penting pemilihan lokasi.

Jika anda ingin melabur di kawasan yang jauh dari tempat tinggal anda, pastikan anda mempunyai cara sendiri untuk memastikan hartanah anda terjaga dengan baik.

Pemilihan rumah

Nak beli rumah apartment atau landed?

Sebelum buat keputusan, berikut adalah kelebihan kedua-dua jenis rumah tersebut yang anda perlu tahu:

Apartment/flat
Keuntungan melalui sewa yang lebih tinggi
Harga lebih murah

Landed
Keuntungan melalui capital appreciation


Negotiation

Setiap pelabur hartanah sentiasa mencari rumah yang lebih murah untuk dijadikan sebagai pelaburan. 

Bagaimana mencari rumah yang murah? Ini perkara yang anda perlu belajar.

‘Semakin murah anda beli, semakin banyak untung anda’

Proses lengkap

Proses pelaburan hartanah bermula dengan ‘matlamat hartanah’ anda kemudian berakhir dengan penyerahan kunci.

Tempoh sebelum penyerahan kunci mengambil masa yang agak lama. Terdapat individu yang tidak tahan untuk menunggu tempoh tersebut terutama apabila permohonan pinjaman mereka tidak lulus.
Untuk proses pembelian hartanah, anggaran tempoh masa untuk melengkapkan proses tersebut adalah antara 3 hingga 6 bulan. 

Lulus pembiayaan hartanah

Ini adalah faktor utama sebelum anda menjadi pelabur hartanah. Pastikan pembiayaan hartanah anda mudah untuk diluluskan oleh pihak bank. 

Ada individu yang bergaji tinggi tetapi masih tidak lulus pembiayaan hartanah. Ada juga yang bergaji rendah tetapi sudah memiliki beberapa rumah pelaburan.

Kenapa? Ini adalah kerana mereka tidak menguruskan dokumen dan loan profile yang tidak cantik.

Akhir sekali, jika anda sering hadir ke seminar hartanah, anda boleh kenal ramai lagi individu yang mempunyai minat yang sama dengan anda. 

Seminar kedua kali ini akan dijadikan seperti berikut:
Lokasi : PPAS, Seksyen 13 Shah Alam
Tarikh : 7 Mei 2017
Masa : 9.30 pagi – 1.30 pagi

Untuk mendaftar, sila klik sini [DAFTAR]

PENDAFTARAN TELAH DITUTUP

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post