Kesan buruk apabila anda percaya 'belajar dari internet' sudah cukup

Image result for learn from internet
Facebook kini menjadi satu tempat perkongsian ilmu yang mudah dan pantas. Selain itu, ilmu yang dikongsi juga boleh didapati secara percuma tanpa perlu sebarang bayaran.

Namun, anda tidak boleh mengharap sepenuhnya pembelajaran melalui internet kerana masih tidak mencukupi. Berikut adalah beberapa kesan buruk jika anda hanya mengharap 100% pembelajaran dari internet.


Salah faham

Ayat yang sama tetapi maksud yang berbeza. Ini sering berlaku apabila kita hanya belajar melalui internet atau Facebook sahaja.

Ayat yang sering digunakan di internet secara sengaja atau tidak sengaja boleh dimanipulasi sehingga menyebabkan orang ramai juga turut tertipu. Salah faham boleh menyebabkan anda mengalami kerugian terutama apabila melibatkan pelaburan yang besar.

Jika anda tidak pasti, berjumpa dengan orang yang lebih mahir bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar hanya disebabkan oleh salah faham sahaja. Apabila berjumpa, anda boleh dapat jawapan yang lebih jelas dan terperinci.

Lambat sedar kesilapan

Apabila anda buat semuanya hanya berdasarkan ilmu di internet, tiada siapa yang boleh nampak kesalahan yang anda lakukan. Ini menyebabkan kesilapan tersebut tidak dapat di kesan dengan lebih awal.

Jika anda dapat kesan kesilapan lebih awal, anda dapat kurangkan risiko dan kerugian.

Tidak nampak peluang

Walaupun anda boleh ikut langkah demi langkah setiap nota yang diberikan, banyak peluang yang anda terlepas tanpa nasihat dari orang yang lebih mahir.

Mereka yang pakar lebih tahu untuk melihat setiap peluang yang ada depan mata. Cara terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat secara peribadi supaya anda boleh lihat lebih banyak peluang.

Baca : Pengurusan kewangan atas kertas nampak lebih mudah. Ini realitinya

Tidak networking

Selain mendapatkan ilmu, penting untuk anda keluar berjumpa dengan mereka yang pakar untuk mendapat ‘hubungan istimewa’ dengan mereka.

Buat satu networking supaya anda boleh dapat lebih banyak peluang.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)