Kenapa anda perlu cerewet ketika memilih rumah pertama


Anda rasa beli rumah pertama sangat mudah? Ramai yang sudah mengalami kerugian sejak dari pembelian rumah pertama atas faktor tidak berhati-hati ketika memilih rumah untuk pelaburan.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu menjadi lebih cerewet dalam memilih rumah pertama.

Kos awal yang tinggi

Beli rumah memang melibatkan banyak kos. Anda memerlukan angggaran 15% kos awal sebagai modal untuk beli rumah. Jika rumah anda berharga RM300,000, anda memerlukan modal sejumlah RM45,000.


Ini sebabnya anda perlu lebih berhati-hati kerana anda sudah mengeluarkan satu kos yang tinggi. Jika tersalah beli, anda mungkin mengalami kerugian yang terpaksa ditanggung untuk satu tempoh yang panjang.

Pilih rumah yang :
- Kurang kos pemilikan melainkan rumah tersebut memang sangat bagus untuk pelaburan
- Kurang kos pembaikan (repair) supaya tidak terlalu lama untuk mendapatkan keuntungan.

Jumlah pinjaman dan ansuran yang tinggi

Semakin mahal rumah tersebut, semakin tinggi jumlah ansuran yang perlu anda bayar kepada pihak bank. Jika terlalu tinggi, rumah tersebut mungkin menjadi satu beban dan bukan satu aset pelaburan.

Jika rumah tersebut adalah untuk pelaburan, anda perlu tahu untuk kira risiko anda terlebih dahulu. Dengan anggaran ansuran RM1,000 sebulan, anda perlu mengambil risiko kerugian RM1,000 sebulan jika tiada penyewa.

Sebab itu pemilihan rumah untuk pelaburan sangat penting dan mestilah mempunyai permintaan yang tinggi.

Baca : Dokumen untuk permohonan pembiayaan perumahan

Tempoh masa yang panjang

Jika rumah tersebut baik untuk pelaburan, anda akan merasai keuntungan untuk satu tempoh yang panjang. Tetapi, jika tersalah pilih, anda perlu menanggung kerugian untuk satu tempoh yang panjang.

Selain itu, jika anda ingin menjual rumah tersebut atas sebab rumah tersebut tidak menguntungkan, perkara tersebut juga perlu mengambil masa yang lama. Proses penjualan tersebut mengambil masa dari segi mencari pembeli yang sesuai, dan juga proses penukaran nama.

Kesilapan rumah pertama

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu adalah kos ‘kesilapan rumah pertama’. Rumah pertama menjadi satu tempat pembelajaran paling efektif kerana anda boleh belajar banyak perkara dari kesilapan yang dilakukan.

Cara terbaik untuk beli rumah terbaik adalah dengan mengurangkan kos tersebut dengan menambah ilmu sebanyak mungkin. Belajar ilmu pelaburan hartanah supaya rumah pertama anda tidak melibatkan banyak kos kerugian.

Kerugian dalam pelaburan hartanah akan mengambil tempoh masa yang lama untuk anda mendapatkan kembali modal dan keuntungan anda.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post