6 langkah mudah untuk jual semula kereta anda kepada orang lain

Ansuran kereta bulanan anda membebankan dan ingin jual semula? Terdapat dua (2) cara untuk anda jual semula sama ada melalui kedai kereta terpakai atau terus kepada pembeli. 

Jika anda jual kepada kedai kereta terpakai, harga jualan adalah lebih rendah daripada harga pasaran semasa. Tetapi, kedai kereta terpakai boleh menerima jika kereta anda mengalami kerosakan dan faktor ini yang menyebabkan harga jual lebih rendah.

Manakala penjualan kepada individu pula, anda perlu lakukan semua proses sendiri termasuk periklanan dan juga melayan bakal pembeli.

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda jual semula kereta anda kepada orang lain.

#1 Semak nilai semasa & baki pinjaman

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menyemak nilai semasa kereta anda dan juga baki pinjaman dengan pihak bank.

Untuk semak nilai semasa kereta anda, anda boleh lihat melalui website seperti carlist.my, mudah.my dan motortrade.com untuk buat perbandingan harga.

Untuk menyemak nilai semasa kereta, anda perlu tahu maklumat berikut
  • Tahun dikeluarkan
  • Jenama 
  • Model dan kapasiti enjin
  • Transmisi auto / manual
Selain itu, faktor lain yang anda perlu tahu adalah seperti berikut:
  • Kereta tempatan lebih mudah jatuh nilainya tetapi lebih mudah dijual terutama model yang popular seperti myvi dan saga.
  • Jual kereta anda sebelum musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina kerana orang ramai lebih suka beli kereta sebelum musim perayaan.

#2 Cantik dan lancar

Pandangan pertama bakal pembeli terhadap kereta anda akan menentukan sama ada 'yes' atau 'no' untuk beli kereta anda. Terdapat dua (2) perkara yang anda perlu lakukan iaitu:

Pastikan kereta anda 'cantik' bahagian luar dan dalam. Hantar ke kedai cuci kereta untuk pastikan kereta anda kelihatan lebih 'segar' dan 'baru'

Bau dalam kereta juga akan memainkan peranan penting apabila bakal pembeli mula masuk ke dalam kereta anda. Pastikan tiada bau yang membuatkan bakal pembeli lari terus dari kereta anda.

Pastikan semua bahagian dalam kereta berfungsi dengan baik dan lancar. Jika terdapat kerosakan sedikit, anda perlu baikinya terlebih dahulu. Ini bagi memastikan nilai kereta anda tidak jatuh dan bakal pembeli juga tidak akan meminta harga lebih rendah.

Manakala jika kerosakan yang anda tidak boleh baiki, anda boleh beritahu bakal pembeli untuk jual kereta tersebut dalam keadaan 'seperti yang dilihat'.

Image result for car inspection

#3 Iklan 'power'

Kereta yang sama tetapi dijual pada harga yang berbeza. Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan oleh iklan yang menarik dari penjual. Anda boleh iklankan kereta anda melalui online platform  seperti mudah.my, carlist.my dan lain-lain lagi,

Faktor yang menjadikan iklan anda lebih baik adalah seperti berikut:
  • Gambar yang cantik dari setiap sudut. Bakal pelanggan lebih percaya apabila anda meletak banyak gambar
  • Gambar luar dan dalam.
  • Copywriting atau ayat iklan yang menarik. 
  • Guna video sebagai periklanan. Pelanggan lebih percaya video berbanding gambar.
Selain itu, jika anda ingin menjual kereta anda dengan kadar segera atau urgent,  anda boleh gunakan medium periklanan berbayar. Melalui iklan ini, kereta anda lebih mudah dan cepat untuk dijual.

#4 Tunjuk kepada bakal pembeli

Apabila terdapat bakal pembeli yang berminat dan ingin melihat dahulu kereta anda, pastikan anda lakukan perkara ini:
  • Diskaun - Anda perlu bersedia dengan diskaun yang bakal diberikan kepada pembeli anda bagi memudahkan urusan jual beli anda. Tetapkan harga akhir yang anda boleh jual kepada pembeli.
  • Waktu tengahari lebih baik - Pelanggan lebih berpuas hati apabila dapat melihat kereta anda pada waktu tengahari berbanding waktu malam.
  • Deposit - Jika bakal pelanggan bersetuju, ambil deposit terutama bagi pelanggan yang ingin memohon pinjaman dari pihak bank.
  • Harga tunai - Anda juga boleh tawarkan harga yang lebih murah jika pelanggan anda boleh beli kereta tersebut melalui tunai tanpa pinjaman.

#5 Pemeriksaan pindah milik dan semak rekod saman

Sebelum anda boleh pindah nama kepada pembeli baru, anda perlu lakukan dua (2) proses penting iaitu:

Pemeriksaan pindah milik dengan PUSPAKOM

Untuk pemeriksaan pindah milik., kos yang perlu anda bayar hanya RM30 sahaja. Sebelum anda datang, pastikan anda semak dahulu perkara berikut:
  • Nombor chasis enjin adalah sama seperti dalam geran
  • Tinted tingkap kereta mengikut standard JPJ
Jika gagal pada pemeriksaan kali pertama, anda perlu hadir semula dalam tempoh 30 hari. Jika berjaya, anda akan menerima satu kad atau laporan pemeriksaan. Laporan pemeriksaan ini perlu disimpan dengan baik kerana anda perlu bawa ketika urusan tukar nama dengan JPJ.

Dokumen yang perlu bawa :
  • Kad pengenalan
  • Kad Pendaftaran Kenderaan asal 
  • Pemeriksaan Sewa Beli (jika melibatkan pinjaman)
Semak rekod saman

Pastikan kereta anda bersih dari sebarang rekod saman dari JPJ, PDRM atau AES. Untuk semak rekod, anda boleh layari laman web Myeg. [SEMAK]

#6 Tukar nama JPJ

Proses akhir adalah tukar nama anda kepada nama bakal pembeli kereta anda melalui JPJ. Sebelum itu, pastikan anda sudah menerima duit pembelian sama ada melalui tunai atau cek bank. 

Jika anda ambil cek peribadi, pastikan cek tersebut sudah ditunaikan dan masuk dalam akaun anda terlebih dahulu. Ini bagi memastikan tiada berlaku penipuan.

Anda dan bakal pembeli digalakkan hadir ke JPJ bersama-sama bagi memudahkan proses tukar nama tersebut. Kos untuk tukar nama tersebut adalah RM100 sahaja.

Selepas proses tersebut selesai, pembeli akan dapat satu kad pendaftaran kereta baru dengan nama pembeli yang baru. 


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post