5 sebab kenapa anda perlu 'serah diri' dan bayar cukai pendapatan kepada LHDN setiap tahun


Anda nak lari dari bayar cukai pendapatan? Mungkin anda perlu fikirkan kesannya terhadap diri anda seperti dikenakan penalti, larangan ke luar negara atau lebih teruk boleh dipenjarakan.

Mulai tahun 2015, individu yang mempunyai pendapatan bersih sebanyak RM34,000 dan ke atas wajib untuk membuka fail cukai pendapatan. Bagi individu yang bekerja makan gaji, anda perlu hantar borang BE dan individu yang bekerja sendiri pula borang B.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu bayar cukai pendapatan setiap tahun.

Terpaksa

Anda tiada pilihan. Semua negara di dunia ini memang sudah mempunyai sistem percukaian mereka sendiri. Apa yang membezakan adalah kadar cukai pendapatan yang dikenakan.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah menjadi satu tanggungjawab anda untuk membayar cukai pendapatan setiap tahun kepada kerajaan. Semakin tinggi pendapatan anda, semakin banyak cukai pendapatan yang anda perlu bayar.

Bagi individu yang kurang berkemampuan atau bergaji rendah (bawah RM34,000), anda tidak dikenakan cukai pendapatan.

Mudah urusan pembiayaan

Jika anda mahu menghantar permohonan pembiayaan atau pinjaman dari pihak bank, salah satu dokumen yang diperlukan adalah bukti pembayaran cukai.

Individu yang membayar cukai adalah individu yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Jadi, pihak bank tiada masalah untuk meluluskan pembiayaan tersebut.

Jika anda mempunyai pendapatan yang tinggi tetapi tidak bayar cukai pendapatan, ini menunjukkan anda tidak bertanggungjawab dan pendapatan anda juga meragukan.

Pengesahan pendapatan

Setiap pendapatan yang diterima mestilah dari sumber yang sah. Jika anda lari dari bayar cukai, sumber pendapatan anda mungkin diragui dan disyaki terlibat dengan aktiviti seperti pengubahan wang haram.

Nak tahu jumlah denda dan penalti yang akan dikenakan jika tidak bayar cukai? Baca sini

Kemajuan negara

Semua cukai pendapatan yang anda bayar akan digunakan sebaiknya untuk kemajuan negara. Semakin banyak wang yang anda bayar melalui cukai pendapatan, semakin banyak kemajuan yang boleh dilakukan oleh kerajaan.


Pengurusan kewangan

Dengan hanya melalui cukai pendapatan, banyak perkara yang anda boleh belajar dalam pengurusan kewangan.

Pelepasan cukai
Anda boleh dapatkan pelepasan cukai melalui banyak perkara seperti pembelian bahan bacaan, insuran, kad perubatan, simpanan SSPN-i dan lain-lain lagi.

Melalui bayaran cukai ini juga, anda boleh belajar mengurus wang dengan baik terutama perkara yang melibatkan pembiayaan dengan pihak bank.

PS: Jangan pula anda bayar zakat untuk niat dapatkan rebat cukai.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post