5 cara supaya anda tidak terlupa bayar semua hutang setiap bulan


Pernah tak anda terlupa bayar hutang atau ansuran bulanan kepada pihak bank? Lebih teruk lagi, anda juga dikenakan kadar faedah atau penalti yang lebih tinggi.

Bukan sebab tidak mahu bayar tetapi sistem pengurusan hutang tidak sistematik dan efektif. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk elak masalah lupa bayar hutang.

Potongan dari akaun bank

Cara paling senang adalah dengan melakukan potongan setiap bulan dari akaun simpanan anda secara automatik. Langkah ini lebih selamat kerana anda tidak perlu risau masalah terlupa buat bayaran.

Selain itu, langkah ini juga lebih selamat apabila anda berada dalam keadaan yang tidak boleh melakukan bayaran ansuran. Contoh keadaannya adalah seperti masalah tiada sambungan internet atau berjauhan dari mesin ATM.

Baca : Senarai dokumen penting untuk permohonan pinjaman perumahan

Potongan melalui kad kredit

Jika anda mempunyai kad kredit, anda boleh mendapat manfaat lebih jika sering menggunakan kad kredit anda untuk potongan ansuran bulanan anda. Namun, tidak semua ansuran atau hutang boleh dibayar menggunakan kad kredit.

Pada masa yang sama, anda juga boleh menikmati manfaat kad kredit seperti mengumpul mata ganjaran serta mendapat bonus.

Gunakan 'reminder' telefon anda

Setiap masa telefon bimbit akan berada di tangan anda. Jadi, anda juga boleh gunakan telefon bimbit anda sebagai satu alat 'peringatan' kepada anda supaya boleh bayar ansuran dan hutang pada masa yang telah ditetapkan.

Apabila anda menerima notifikasi berkenaan ansuran bulanan yang perlu dibayar, anda juga boleh lakukan bayaran menggunakan telefon bimbit anda. Lebih mudah.

Hari 'bayar hutang'

Bila waktu terbaik untuk bayar semua hutang dan ansuran anda? Jawapan yang sering diberikan adalah 'hari terima gaji'. Apabila gaji sudah masuk, selesaikan dahulu ansuran dan hutang yang perlu dibayar pada hari yang sama.

Pastikan juga semua hutang anda mempunyai tarikh akhir bayaran yang sama atau berhampiran. Ini bagi memudahkan anda melakukan bayaran pada satu hari sahaja.

Nota besar tampal di dinding

Walaupun cara ini nampak 'old school', tetapi sangat efektif. Anda senaraikan jenis hutang, jumlah ansuran bulanan dan tarikh akhir bayaran, kemudian tampal di dinding anda. Cara ini akan sentiasa mengingatkan anda berkenaan tugas anda untuk buat bayaran setiap bulan.

Selain itu, orang lain seperti pasangan dan anak-anak yang melihat senarai hutang dan ansuran tersebut juga boleh sentiasa mengingatkan anda.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post