'Masa muda tiada modal, masa tua banyak komitmen' Bila masa terbaik beli rumah?

Image result for accuse

Masalah yang sering dihadapi oleh semua orang untuk beli rumah adalah tidak mempunyai modal kerana masih terlalu muda dan juga sudah mempunyai komitmen yang tinggi kerana sudah berkeluarga.


Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Ketika muda, masalah utama yang sering dihadapi adalah tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk mendapatkan rumah pertama. Namun, alasan seperti itu tidak boleh digunakan lagi kerana anda mempunyai banyak pilihan dan cara untuk mengumpul deposit.

Baca : Cara kumpul deposit beli rumah

Jadi, bilakah waktu terbaik untuk beli rumah? Berikut adalah beberapa keadaan terbaik yang anda perlu beli rumah.

Sebelum harga rumah naik

Bila harga rumah akan naik? Tiada siapa akan tahu. Tetapi, berdasarkan kepada statistik tahun terdahulu menunjukkan harga rumah sentiasa meningkat terutama di kawasan Lembah Klang. Statistik ini menunjukkan harga rumah akan sentiasa naik.

Oleh itu, waktu terbaik untuk beli rumah adalah semalam kerana pada hari ini harga rumah mungkin sudah meningkat sedikit. Jika terlepas, hari ini adalah masa kedua terbaik untuk beli rumah.

Nak beli ketika harga rumah murah? Mungkin anda terpaksa menunggu lebih lama untuk dapatkan rumah pertama anda.

Ketika masih tiada komitmen

Jika anda mulakan kerjaya anda dengan pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan hutang kad kredit, pembelian rumah pertama anda mungkin tertangguh lagi. Jadikan pinjaman perumahan sebagai pinjaman pertama yang anda dapatkan selepas dapat kerja.

Ketika masih bujang

Semua orang mempunyai masalah mendapatkan modal atau deposit rumah. Jika anda masih bujang, ini adalah masa terbaik untuk anda melakukan simpanan sebanyak mungkin dan lakukan banyak kerja untuk menambah pendapatan.

Apabila sudah berkeluarga, perbelanjaan bulanan anda juga akan meningkat dua kali ganda terutama apabila anda sedang menanti kehadiran ahli keluarga baru.

Sebelum Iphone keluarkan model terbaru

Ramai yang gagal mengumpul deposit rumah pertama tetapi memiliki gajet yang mahal seperti Iphone. Bagi peminat Iphone, sebelum mereka mengeluarkan model terbaru, sebaiknya anda mengumpul deposit rumah dahulu.

Jika Iphone terbaru sudah keluar, wang simpanan anda akan hilang secara tiba-tiba.

Baca : Beli kereta lebih mudah berbanding beli rumah. Baca ini.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)