Bagaimana keluarkan duit dari mesin ATM Maybank tanpa menggunakan kad debit

Perlukan duit tetapi tertinggal kad ATM dekat rumah? Jika anda menghadapi masalah seperti ini, kini anda boleh keluarkan duit dari mesin ATM Maybank tanpa menggunakan kad ATM atau kad Debit anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan meminta pertolongan rakan anda untuk 'hantar' duit tersebut ke mesin ATM Maybank yang berhampiran.

Ikuti langkah-langkah berikut :

#1 Masuk ke Maybank2u


#2 Masuk ke 'Accounts & Banking'



#3 Masuk ke 'Transfer'

#4 Masuk ke 'Open Cardless withdrawal'

#5 Masukkan No telefon penerima, nama dan jumlah 


#6 Tekan 'Request for TAC'

Selepas itu, anda akan menerima satu kod pengesahan seperti berikut :

Penghantar akan menerima kod (Contoh : 537837) dan perlu menghantar kod ini kepada penerima. Anda boleh guna kod ini di mesin ATM Maybank yang berhampiran dan mengeluarkan jumlah wang yang telah dihantar.


Namun, terdapat caj yang dikenakan iaitu RM1.00 dan GST 6% bagi setiap transaksi.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)